Wednesday, 15 January 2014

Kalaulah Bukan Kerana AMANAH!

Lumrah kehidupan, kita memang tidak dapat memuaskan hati semua pihak. .
Terlalu memikirkan apa yang orang fikirkan tentang kita tanpa kita sedari sebenarnya kita lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah. .
Menyesal! Sumpah menyesal!
Menyesal aku volunteer nak wakil jadi JPP tahun ini. .
Kalaulah aku tahu ada orang yang lebih layak turut bertanding sekali untuk kali ini dah lama aku nak menarik diri. .
Tapi nak camne. . Dah melangkah tak boleh nak patah balik. . :'(
Aku teringat kata kata daripada seorang penceramah. .
Kalau kita tahu yang kalau kita tidak ke depan (tak bertanding), tidak akan ada orang yang lebih layak lagi maka kita sepatutnya ke hadapan. .
Pada ketika itu sebenarnya aku rasa tidak ada lagi yang akan sanggup untuk bertanding bagi mewakili kaum wanita sebenarnya. .
Aku takut sekiranya orang lain yang berada di kerusi itu akan menyukarkan gerak kerja dakwah dalam kampus sekiranya dia tidak mempunyai matlamat yang sama dalam menghidupkan biah solehah di dalam kampus. .
Tapi, tatkala melihatkan mereka yang bertanding bersama ku dalam Pilihanraya Kampus yang lalu semuanya hebat hebat belaka. .
Dan aku yakin sekiranya mereka memenangi kerusi tersebut sudah pastilah mereka dapat membuat tugas dengan baik. .
Kalaulah bukan kerana amanah, sudah lama aku menyerah. .

Aku bukanlah terlalu mahu menang, tetapi aku harus menang. .
Kerana aku takut, hak hak wanita dipersiakan. .
Tetapi dalam masa yang sama sebenarnya aku lebih takut seandainya akulah yang menjadi asbab kepada hak hak wanita itu dipersiakan. .
Aku takut seandainya apa yang aku rancangkan tidak menjadi kenyataan. .
Aku takut amanah ini akan terkhianati. .
Aku takut. . Aku benar benar takut. .
Kalau tak yakin dengan diri, ertinya kita tak yakin dengan Allah. .
Ayat ni memang jelas untuk aku sebenarnya. .
Tidaklah aku berkata sesuatu itu melainkan ianya adalah nasihat untuk diri ku. .
Allah, kuatkanlah. .
Aku memang benar benar tidak kisah sekiranya aku kalah dalam PRK ini. .
Kerana aku tahu, Allah tak beri kerana Allah tahu aku tak mampu. .
Tapi apa yang menjadi milik ku adalah usaha. .
Dan Allah menyukai manusia yang membuat sesuatu itu dengan bersungguh sungguh. .
InsyaAllah, aku akan cuba buat semua perkara dalam hidup aku dengan bersungguh sungguh. . :')


No comments:

Post a Comment