Tuesday 30 December 2014

There is NOTHING to be prove. .

         "Frankly said, I don't want to marry you. . because I know I will makes you upset again and again. . What I want is, to see you happy. . But I can't see you anymore. . not even in a virtual life. . I love to see you life. . Makes me feel better to see you happy. . "

If you truly love someone 

Tuesday 4 March 2014

K. A. M. U.

Saya tahu. . Kamu. . :)
Hari ini saya telah tekad buat keputusan. .
Untuk melepaskan kamu daripada genggaman hati ini. .
Yang sebenarnya sudah sejuta kali saya tekadkan dalam hati. . Bhahaha. . XD

"Cinta tanpa sebuah PENGORBANAN itu adalah satu PENDUSTAAN!"

Ye. Quote ini pernah saya tanam dalam hati. .
Dalam membicarakan soal cinta hamba kepada Tuhannya. .
Dan kali ini, tiba tiba kata kata ini terngiang ngiang lagi dalam minda saya. .
Tapi dalam membicarakan soal kamu. . :)

Dan kali ini saya nekad untuk bekorban. .
Dalam membuktikan cinta ini. .
Dengan melepaskan kamu daripada genggaman hati ini. .
Untuk melihat kamu bahagia. . :)

Cukup dengan melihat kamu daripada jauh. .
Saya harap dengan itu akan membuat hati ku sembuh. .
Harap dengan sepenuh-penuhnya pengharapan. . :)

Yang ku harap, mati itu lebih dahulu menjemput ku sebelum jodoh ku. .
Kerana aku tak mahu aku lebih cinta kamu daripada bertemu Tuhan ku. .
Yang sebenarnya aku pun belum sedia untuk itu. . :'(
Dan yang sebenarnya aku tak mahu ada cinta manusia lain selain kamu dalam hati ku. . :'(
Oh, Tuhan! adakah kerana aku belum redha? :'(

Jatuh hati dengan kata kata ini. . Ya, aku akan melupakan. . :)
#cintapertama

> Di saat kesengalan melanda diri. Bodohnya berbicara soal cinta syaitan yang bersarang di hati. . Nyah kau dari minda!!!!!!

Monday 3 February 2014

Warkah Rindu 8: Sejuta Satu kali lagi

Hari ini aku bangkit dengan harapan. .
Harapan seperti hari hari yang sebelumnya. .
Berharap yang aku akan lupakan kau. .
Mungkin satu hari nanti. . :)

Sudah sejuta kali aku gagal. .
Gagal dengan cita cita itu. .
Tapi hari ini, sejuta satu kali lagi!
Aku tanam ia dalam hati. .
Moga aku mampu lupakan kau. .
Untuk selamanya. . :)

Kau tahu, aku tahu. .
Sudah banyak kali aku mencuba. .
Dan sudah sejuta kali aku gagal. .
Walau sekuat mana aku cuba mengeraskan hati ku. .
Daripada merindui kamu. .
Tapi tak mengapa. .
Sejuta satu kali lagi aku akan cuba. . :)
Walau aku tahu, aku tak mampu. . Hu hu hu. .

> Tak tahulah kenapa. . Baru aku perasan, hanya kamu yang mampu membuat aku sebegini puitis. . Wala, romantiknya aku ni. . xD (Sayangnya, romantik pada yang tak halal!)

and I'll love a thousand more. . :)

Sunday 2 February 2014

Warkah Rindu 7: Lemas dalam Cinta

Hari ini hari aku paling lemah sekali. .
Paling lemah antara segala hari yang aku pernah lemah dengan cinta syaitan yang merasuk jiwa ku. .
Aku tahu cinta ini fitrah tapi saat ini aku sedang membiarkan ia mengalir dengan pandangan nafsu dan kesyaitanan. .
Seronok dibuai rasa lemah dan kecewa. .

Cinta itu tidak bodoh, tapi akulah yang bodoh. .
Lemah tapi tak mahu minta kekuatan daripada Allah. .
Sengaja membiarkan diri lemah dengan keinginan. .
Keinginan mencintai manusia. .

Perasaan suka, sayang, cinta sememangnya tidak pernah ada salahnya. .
Tapi perasaan lemah, lemas, nafsu itu yang menjadi racun dalam cinta. .

Jujur, aku lemah. .
Allah. .
Alirkan cinta ini mengikut aliran Mu, kehendak Mu. . :'(

Aku tak kuat. .
Aku lemah. .
Allah yang kuat. .
Allah yang Maha Kuat. .
Pinjamkan aku secebis kekuatan ya Allah. .

Bodoh!
Bagaimana mahu kuat jika tidak mahu berperang dengan nafsu sendiri. .
Bahalol!
Suka sangat menurut kata hati syaitan dan nafsu. .
Persetan kau!
Bangunlah!
Cuba kau hentak kepala kau ke lantai. .
Biar pecah. . !

Sekali lagi, maafkan aku. .

Aku sedang cuba. .
Sedaya upaya aku. .
Untuk berperang dengan nafsu ku. .

Penipu!!!!
Maafkan aku kerana tak daya melawan nafsu ku. .
Tipu lagi!!!
Maafkan aku kerana sengaja membiarkan diri hanyut dengan nafsu. .

Bodoh!!!
Bangunlah!!!!!!!!
Aku sedang cuba. . Tapi masih tak sedar lagi. .
Maafkan aku. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Alasan!

Sebenarnya, aku sendiri yang mencari alasan untuk menjadi LEMAH!

Wake Up! It's not the time to dreaming or sleeping!


Friday 17 January 2014

Sunnah Tidur

Tidur memang rutin harian kita, keperluan kita. .
Tapi adalah lebih kalau kita jadikannya ia sebagai ladang amalan. .
InsyaAllah hidup kita akan diberkati. .
Ni ha. . Aku terjumpa post ni kat FB. .
Mudah mudahan aku dan sahabat sahabat mampu untuk menjadikannya sebagai amalan. .
Islam ini bukan hanya pegangan. . Tapi cara hidup. .
Muslim FULL TIME!!

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Zzzzz. . :)

Aku Nak CANTIK!

He he he. .
Ntah pape kan aku ni. . Tapi biasa lah wanita. . Tipulah kalau tak ada perasaan nak cantik. .
Jadi aku buat la kajian sikit bersama Puan Google tips tips kecantikan menurut Islam. .
Banyak lah jugak yang aku dapat. .
Dan yang paling aku suka ada satu blog tu yang ditulis oleh lelaki. .
Memang salute lah kat dia. .
Yelah, cantik ni bukan pada wanita je. .
Lelaki pun nak cantik juga. .
Paling tidak pun sejuk mata orang memandang kan?
Antara yang tips yang aku suka ialah:
1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk.
           Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.

2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah.
           Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.

3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat.
           Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.

4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.

5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita.
            Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.

6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin.
             “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokkanlah akhlakku.”

InsyaAllah, aku akan cuba praktikkan. . Bukan untuk cantik wajah je tapi untuk cantik hati. . :)

Mesti orang terkejut kalau tetiba aku transform jadi cenggini pulak. . hu hu hu. . :P