Saturday, 4 January 2014

Cinta Itu Bertemu di Mana?

Setelah diganggu oleh panggilan telefon oleh sahabat pagi pagi buta ni tak boleh tidur pulak mata. .
Lagipun banyak hal yang aku fikirkan. . Sejak balik daripada Madrasah di Jerantut Feri petang tadi. .
Aku teringatkan perbualan aku dengan sahabat baik aku yang sudah pun bertunang. .

        "Da, perlu ke kahwin?" kata ku padanya sedang kami berehat di pondok yang disediakan di madrasah tersebut ketika sahabat sahabat lain melawat kawasan pondok yang menjadi kediaman bagi penghuni madrasah.
     
        "Eh, pentinglah. Kalau kahwin kan menyempurnakan separuh daripada agama kita" jawabnya.

        "Tapi kan kita boleh berusaha untuk yang separuhnya lagi. Habis tu kalau dah tak ada jodoh?" soal ku lagi.

        "Tahu mana tak ada jodoh? Jangan nak pandai pandai. Kita kena percaya pada Allah. Percaya pada doa. Yang penting kita doa yang terbaik untuk kita" katanya dengan nada sedikit keras. Aku terdiam dan air mata ku mula mengalir perlahan.

Marah betul dia kalau aku timbulkan isu tak mahu berkahwin. .
Bukan tak mahu, nak sangat tapi nak camne belum sampai seru orang kata kan. .
Bila ada peluang untuk diperkenalkan dengan seseorang, sungguh rasa diri ini belum siap. .
Dan sungguh hati ini belum mampu untuk dibuka untuk menerima sesiapa pun. .

Sepanjang perjalanan pulang daripada pengajian, yang terbayang di fikiran ku adalah dia. .
Allahu Akhbar! berat ujian ini untuk ku ya Allah. .
Aku tidak mahu menzalimi orang yang akan bernikah dengan ku kelak seandainya hati ini masih padanya. .
Bagaimana mungkin ada dua cinta dalam satu hati?
Tapi aku yakin Kau menutup hati ini hanya untuk seseorang yang tidak akan membuka hatinya untuk kau adalah kerana Allah ingin menjaga hati ku. . :')

Dan aku pun berkira kira andainya Allah mengabulkan doa ku untuk bersama dengan orang yang aku suka itu adakah aku akan melalui jalan dakwah yang aku lalui sekarang?
Sedikit tipis peluang itu. .
Dia bukan seperti mereka yang berjalan seiring atas jalan dakwah yang ku jalani ini. .
Andai Allah mentakdirkan hatinya itu terbuka untuk ku, aku harus memilih antara dia dan jalan dakwah ini. .
Ya Allah, bisakah aku membuat pilihan?
Sungguh aku rasa tidak mampu. . :'(

Ya Allah satukanlah hati ku dan hatinya dalam cinta Allah dan Rasulullah. .Tautkan hati kami dengan jihad dan pengorbanan. . Semikanlah cinta kami atas jalan yang diredhai oleh Mu. .

Aku tidak mahu cintanya tanpa cinta Mu. . :')

InsyaAllah. . Allahumma Amin. . :)

Lelaki idaman ku. . He he he. . :P

Wanita idola ku. . :P

No comments:

Post a Comment