Monday, 13 January 2014

Aku Sayang Kamu

Allah, sedih rasa tatkala membaca surat mu sahabat. . :'(
Allah uji kamu dan aku akan ujian yang hampir sama. .
Tapi mana mungkin aku membandingkan kemampuan mu dan ujian mu itu sama seperti aku. .
Kerana aku tidak berada di dalam kasut yang sama seperti kasut yang sedang kau pakai. .
Kerana apa aku tidak memakai kasut mu?
Kerana kaki ku itu tidak sepadan dengan saiz kasut mu. .
Jelas kan sahabat bahawa Allah memberikan ujian itu sepadan dengan kemampuan diri mu. .

Andai sahaja kau dihadapan ku, sudah pasti aku akan memeluk diri mu. .
Aku sayangkan kamu bukan kerana ukhwah ini sahabat. .
Tapi kerana cinta ku pada jalan ini yang membawa kepada cinta kita berdua. .
Andai sahaja kau mengetahui hal diri ku. .
Sudah pasti kau tidak merasa hanya kau seorang yang diuji. .

Sahabat, tatkala aku terpilih dilantik menjadi wanita kedua dalam organisasi ini aku sungguh rasa tidak layak. .
Mana mungkin pelaku dosa besar seperti aku ini layak untuk memikul amanah sebesar ini. .
Demi Allah, aku tidak kuat. . :'(
Dan tatkala aku terpaksa memaksa diri ku untuk menyertai kem kepimpinan pada tahun lalu. .
Sungguh aku rasa ingin futur jika mereka memaksa. .
Sungguh aku belum siap. . Sungguh aku belum mampu. . :'(

Jika kau berusaha untuk melengkapkan tiang agama mu, aku malah lebih parah lagi. .
Aku sungguh tak mampu menepis godaan terhadap dosa yang sekecil kecilnya pun. . :'(
Aku terus bertanya kepada diri ku. .
Ya Allah, mengapa mesti aku?
Sedangkan Kau tahu, Maha Tahu tentang keadaan diri ku. .
Betapa hinanya aku dengan dosa dosa ku. .
Layakkah aku untuk ini. . :'(

Entah mengapa, kerana rasa ketidaklayakan itu telah membawa aku kembali kepada Dia yang telah memilih ku. .
Memilih ku dikalangan mereka yang terpilih. .
Ya Allah, sungguh aku rasa aku bukan yang selayaknya. . :'(
Namun, aku PASTI ujian Mu itu untuk mereka yang mampu. .
Ya, aku mampu ya Allah. .

Hanya Allah yang tahu betapa besarnya perubahan yang telah berlaku dalam hidup ku sepanjang cuti yang lalu. .
Sungguh hanya Allah yang memberi kekuatan. .
Mintalah kekuatan, mintalah petunjuk daripada Allah. .
Moga kau menemui jalan ketenangan dalam hidup mu sahabat. .

Walau aku tahu kau tidak akan pernah akan tahu rahsia hati ini. .
Tapi aku berdoa moga sahabat ku itu dilindungi oleh Allah, diberikan petunjuk oleh Allah. .
Allah sedang menguji aku dan kamu. .
Sungguh aku sayang kamu sahabat. .
Sungguh aku sedih akan keputusan mu itu. .
Namun aku tidak kecewa. .
Kerana aku pasti Allah sedang menguji aku dan kamu. .

Jika kau lihat aku KUAT, demi Allah aku tidak kuat. . Aku hanya meminjam kekuatan itu daripada Allah. . :'( Sahabat, aku rindu kamu. . Kamu yang aku kenal bukanlah siapa yang aku kenal. . :'(

No comments:

Post a Comment