Semalam adalah sejarah yang tak mungkin berulang,Semalam adalah sesuatu yang tak akan berulang. .
Hari ini adalah realiti yang sedang kita tempuhi,
Esok adalah misteri yang kita takkan pernah ketahui. .
Jadi jangan pernah kau harapkan kemanisan madu yang sama seperti hari ini pada keesokan harinya kerna ianya pasti tidak akan sama. .
Jangan juga kau risaukan kepahitan semalam itu kan mungkin berulang kembali. .
Esok pula adalah misteri, yang rahsianya hanya ada pada Allah taala. .
Kita tidak akan pernah tahu adakah jalan yang kita pilih ini akan membawa kita ke penghujung yang mana?
Janganlah kau khuatir untuk melangkah, kerana Allah sentiasa membekalkan panduan dalam hidup Mu. .
Jika benar benar kau menggunakan panduan itu, Insya Allah engkau tidak akan sesat. .
Usahlah kau jalani hidup ini dengan keraguan, jangan pernah takut untuk melangkah ke hadapan. .
Kerna jika kau terus menjalani kehidupan ini dengan ragu ragu, kau akan sentiasa menempuhi hari ini yang serba kerisauan. .
Teruskanlah ke hadapan. .
Tidak kira bagaimana kau merangkak, berjalan atau berlari. . Teruslah maju. .
Jika andainya dalam menjalani kehidupan ini kau terjatuh dan terbaring lemah. .
Bangkitlah semula dengan pengharapan. .
Kerana harapan itu akan selalu ada bagi mereka yang masih percaya. .
Percaya kepada Tuhannya dan kembali menemui-Nya. .
so. . . . .
Live in TODAY, and make it so beautiful. .Nampaknya projek novel aku masih bertangguh. .
Baru menaip tak sampai 100 m/s dah tertangguh. . Ha ha ha. .
Tak dan nak buat. .
Tak ada idea lagi pun. .
Kalau buat mesti jadi sampah. .
Daripada bazir masa, baik aku postpone dulu. .
Kat rumah pun dengan projek ulasan video ceramah. .
Tak dan nak habiskan novel. .
Kat IPG sibuk main keyboard aje. .
Hurm. . Teringat pada dia. .
Dia yang sentiasa menjadi inspirasi untuk aku melakukan sesuatu. .
Sesuatu yang baru dalam hidup aku. .
Mungkin Allah hanya mentakdirkan dia hadir dalam hidup ku untuk menjadi motivasi aku. .
Mungkinkah Kau telah memperkenankan doa ku yang kedua?
Agar Kau menjauhkan dirinya daripada ku. . :')
Apa pun yang berlaku, aku percaya bahawa Allah menulis takdir dengan HIKMAH. . :)
No comments:
Post a Comment