Manusia seringkali gila dalam mengejar cinta dunia yang sementara sedangkan satu ketika nanti yang dicinta itu PASTI akan pergi dan yang tinggal hanyalah harapan dan kepercayaan kepada Yang Maha Esa. .
Kalau nak diikutkan ke'bengongan' aku ni dah lama dah aku cabut hati aku, rendam dalam clorox pastu sental dengan berus kuat kuat. .
Allah, rasa kotor sangat hati. .
Macamane eh, nak bersihkan hati ni? :'(
Siapa kata hidup single tak bahagia?
Manusia rasa hati dia kosong sebab dia banyak cinta dunia, dia jauh daripada Allah. .
Dia tak penuhkan hati dia dengan cinta Allah, sebab tu lah hati dia rasa kosong. .
Sungguh hanya Allah yang memberikan kekuatan. .
Kalau kita nak cinta seseorang tu mestilah kita merayu-rayu kat orang tu kan. .
Jadi mengapa kita tak merayu kat Allah moga Allah penuhkan hati kita ni dengan cinta-Nya?
Pernah main candy crush tak?
Ada life bentuk hati kan?
Kalau tak cukup satu hati tu tak boleh main game tu kan?
Sama jugak macam kita nak mencintai manusia. .
Kalau hati kita ni kosong tanpa cinta Allah, mana mungkin hati kita ini mampu untuk mencintai sesorang yang lain dengan IKHLAS?
Kita tak akan mampu, sedetik pun tidak akan mampu. .
Jika kita mencintai seseorang tetapi tidak didasarkan atas cinta kepada Allah, bermakna kita menzalimi diri kita sendiri. .
Mereka yang tidak mencintai Allah telah berlaku zalim kepada dirinya. .
Kerana apa?
Kerana mereka tidak memberikan hak hati mereka pada yang benar benar berhak. .
Siapa yang berhak?
Siapa lagi jika tidak Pencipta Hati kita iaitu Allah. .
Baru balik usrah yang tetibe je terjoin usrah kawan aku tadi. .
Dah dia buat usrah kat aras aku, so aku pergi je lah terkedik kedik lepas terjumpa dia masa balik surau tadi. .
Tajuk dia memang mantaplah. .
"Ancaman Musuh musuh Islam"
Betapa tak caknanya aku dengan isu ni sampai banyak sangat benda yang aku tak tahu. .
Yelah, aku ni merangkak lagi. .
Dok belajar hok fadhu ain lagi. . Dok alif ba ta lagi. .
Gitulah nampaknya. . Betapa jauhnya pengetahuan aku, betapa ceteknya ilmu yang aku ada ni. .
Buat apalah pointer 4flat, rumah flat ke apa apa flat pun kalau ilmu fadhu ain pun tak lepas. .
Inikan pulak nak cakna tentang hal hal lain. .
Tapi memang sepatutnya aku ambil tahulah benda tu. .
Masalahnya aku ni macam tin kosong. .
Bila ketuk bunyi kuat, tapi isi tak ada. .
Nak oyaknya aku ni punyalah bapak banyak cakap tapi ilmu tak ada. .
Jadi mulai sekarang, silap silap. .
Mulai habis Pilihanraya Kampus, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk tidak bercakap melainkan yang perlu sahaja. .
InsyaAllah. . Doakan mudah mudahan berjaya!
Kekuatan itu hanya datang daripada Allah. . Percayalah!
Biarlah menangis di dunia yang sementara daripada menangis di akhirat yang KEKAL selamanya. . :') |
No comments:
Post a Comment