Friday, 17 January 2014

Aku Nak CANTIK!

He he he. .
Ntah pape kan aku ni. . Tapi biasa lah wanita. . Tipulah kalau tak ada perasaan nak cantik. .
Jadi aku buat la kajian sikit bersama Puan Google tips tips kecantikan menurut Islam. .
Banyak lah jugak yang aku dapat. .
Dan yang paling aku suka ada satu blog tu yang ditulis oleh lelaki. .
Memang salute lah kat dia. .
Yelah, cantik ni bukan pada wanita je. .
Lelaki pun nak cantik juga. .
Paling tidak pun sejuk mata orang memandang kan?
Antara yang tips yang aku suka ialah:
1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk.
           Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.

2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah.
           Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.

3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat.
           Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.

4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.

5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita.
            Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.

6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin.
             “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokkanlah akhlakku.”

InsyaAllah, aku akan cuba praktikkan. . Bukan untuk cantik wajah je tapi untuk cantik hati. . :)

Mesti orang terkejut kalau tetiba aku transform jadi cenggini pulak. . hu hu hu. . :P

No comments:

Post a Comment