So, jawapan aku terpulanglah kepada si pembuat soalan nak subjektif ke objektif. . Ha ha ha
Kecantikan itu akan jadi objektif apabila kita mengehadkan istilah CANTIK tersebut kepada beberapa kriteria. . Berbeza dengan subjektif, walaupun mempunyai skema pemarkahannya, segala isi yang sesuai boleh diterima. . Lantas ia bergantung kepada mata yang melihat dan yang menilai. .Entah siapa dalam dunia ini yang mengklasifikasikan cantik itu sebagai orang yang berkulit putih, berbadan langsing, berambut lurus, berbibir mungil dll lagi. .
Cantik itu . . Entahlah. . Sumpah aku tak tahu. . Ha ha ha. .
Pada diri aku sendiri, setiap orang mempunyai kecantikan yang berbeza, sudut pandang yang berbeza. .
Bukan nak koya cantik tapi aku sentiasa merasakan diri ku cantik kerana inilah anugerah daripada Allah. .
Ada orang di anugerahkan dengan susuk tubuh rendah, maka dia mengagumi mereka yang tinggi. .
Ada orang di anugerahkan dengan pipi yang tembam maka dia menginginkan wajah yang cekung. .
Ada orang begitu dan begini. . Allah, mana letaknya syukur kita?
Menginginkan cantik itu tidak salah sedangkan Allah itu cantik dan menyukai kecantikan. .
Yang salah itu apabila kita tidak menghargai anugerah kecantikan yang telah Allah kurniakan kepada diri ini. .
Sudah ada mata untuk melihat, ada hidung untuk menghidu, ada tangan untuk mencapai, ada kaki untuk melangkah. . . Nah, nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan? Tak cukup cantik lagi dengan segala kesempurnaan deria itu?
Dan cantik yang UTAMA itu adalah kesempurnaan Akhlak dan peribadi. . :)
Moga kamu menjadi MUSLIMAH yang sejati. . :) |
Niceee . Terima kasih
ReplyDelete