Friday, 17 January 2014

Sunnah Tidur

Tidur memang rutin harian kita, keperluan kita. .
Tapi adalah lebih kalau kita jadikannya ia sebagai ladang amalan. .
InsyaAllah hidup kita akan diberkati. .
Ni ha. . Aku terjumpa post ni kat FB. .
Mudah mudahan aku dan sahabat sahabat mampu untuk menjadikannya sebagai amalan. .
Islam ini bukan hanya pegangan. . Tapi cara hidup. .
Muslim FULL TIME!!

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Zzzzz. . :)

Aku Nak CANTIK!

He he he. .
Ntah pape kan aku ni. . Tapi biasa lah wanita. . Tipulah kalau tak ada perasaan nak cantik. .
Jadi aku buat la kajian sikit bersama Puan Google tips tips kecantikan menurut Islam. .
Banyak lah jugak yang aku dapat. .
Dan yang paling aku suka ada satu blog tu yang ditulis oleh lelaki. .
Memang salute lah kat dia. .
Yelah, cantik ni bukan pada wanita je. .
Lelaki pun nak cantik juga. .
Paling tidak pun sejuk mata orang memandang kan?
Antara yang tips yang aku suka ialah:
1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk.
           Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.

2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah.
           Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.

3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat.
           Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.

4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.

5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita.
            Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.

6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin.
             “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokkanlah akhlakku.”

InsyaAllah, aku akan cuba praktikkan. . Bukan untuk cantik wajah je tapi untuk cantik hati. . :)

Mesti orang terkejut kalau tetiba aku transform jadi cenggini pulak. . hu hu hu. . :P

Wednesday, 15 January 2014

Kalaulah Bukan Kerana AMANAH!

Lumrah kehidupan, kita memang tidak dapat memuaskan hati semua pihak. .
Terlalu memikirkan apa yang orang fikirkan tentang kita tanpa kita sedari sebenarnya kita lebih mementingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah. .
Menyesal! Sumpah menyesal!
Menyesal aku volunteer nak wakil jadi JPP tahun ini. .
Kalaulah aku tahu ada orang yang lebih layak turut bertanding sekali untuk kali ini dah lama aku nak menarik diri. .
Tapi nak camne. . Dah melangkah tak boleh nak patah balik. . :'(
Aku teringat kata kata daripada seorang penceramah. .
Kalau kita tahu yang kalau kita tidak ke depan (tak bertanding), tidak akan ada orang yang lebih layak lagi maka kita sepatutnya ke hadapan. .
Pada ketika itu sebenarnya aku rasa tidak ada lagi yang akan sanggup untuk bertanding bagi mewakili kaum wanita sebenarnya. .
Aku takut sekiranya orang lain yang berada di kerusi itu akan menyukarkan gerak kerja dakwah dalam kampus sekiranya dia tidak mempunyai matlamat yang sama dalam menghidupkan biah solehah di dalam kampus. .
Tapi, tatkala melihatkan mereka yang bertanding bersama ku dalam Pilihanraya Kampus yang lalu semuanya hebat hebat belaka. .
Dan aku yakin sekiranya mereka memenangi kerusi tersebut sudah pastilah mereka dapat membuat tugas dengan baik. .
Kalaulah bukan kerana amanah, sudah lama aku menyerah. .

Aku bukanlah terlalu mahu menang, tetapi aku harus menang. .
Kerana aku takut, hak hak wanita dipersiakan. .
Tetapi dalam masa yang sama sebenarnya aku lebih takut seandainya akulah yang menjadi asbab kepada hak hak wanita itu dipersiakan. .
Aku takut seandainya apa yang aku rancangkan tidak menjadi kenyataan. .
Aku takut amanah ini akan terkhianati. .
Aku takut. . Aku benar benar takut. .
Kalau tak yakin dengan diri, ertinya kita tak yakin dengan Allah. .
Ayat ni memang jelas untuk aku sebenarnya. .
Tidaklah aku berkata sesuatu itu melainkan ianya adalah nasihat untuk diri ku. .
Allah, kuatkanlah. .
Aku memang benar benar tidak kisah sekiranya aku kalah dalam PRK ini. .
Kerana aku tahu, Allah tak beri kerana Allah tahu aku tak mampu. .
Tapi apa yang menjadi milik ku adalah usaha. .
Dan Allah menyukai manusia yang membuat sesuatu itu dengan bersungguh sungguh. .
InsyaAllah, aku akan cuba buat semua perkara dalam hidup aku dengan bersungguh sungguh. . :')


Monday, 13 January 2014

Aku Sayang Kamu

Allah, sedih rasa tatkala membaca surat mu sahabat. . :'(
Allah uji kamu dan aku akan ujian yang hampir sama. .
Tapi mana mungkin aku membandingkan kemampuan mu dan ujian mu itu sama seperti aku. .
Kerana aku tidak berada di dalam kasut yang sama seperti kasut yang sedang kau pakai. .
Kerana apa aku tidak memakai kasut mu?
Kerana kaki ku itu tidak sepadan dengan saiz kasut mu. .
Jelas kan sahabat bahawa Allah memberikan ujian itu sepadan dengan kemampuan diri mu. .

Andai sahaja kau dihadapan ku, sudah pasti aku akan memeluk diri mu. .
Aku sayangkan kamu bukan kerana ukhwah ini sahabat. .
Tapi kerana cinta ku pada jalan ini yang membawa kepada cinta kita berdua. .
Andai sahaja kau mengetahui hal diri ku. .
Sudah pasti kau tidak merasa hanya kau seorang yang diuji. .

Sahabat, tatkala aku terpilih dilantik menjadi wanita kedua dalam organisasi ini aku sungguh rasa tidak layak. .
Mana mungkin pelaku dosa besar seperti aku ini layak untuk memikul amanah sebesar ini. .
Demi Allah, aku tidak kuat. . :'(
Dan tatkala aku terpaksa memaksa diri ku untuk menyertai kem kepimpinan pada tahun lalu. .
Sungguh aku rasa ingin futur jika mereka memaksa. .
Sungguh aku belum siap. . Sungguh aku belum mampu. . :'(

Jika kau berusaha untuk melengkapkan tiang agama mu, aku malah lebih parah lagi. .
Aku sungguh tak mampu menepis godaan terhadap dosa yang sekecil kecilnya pun. . :'(
Aku terus bertanya kepada diri ku. .
Ya Allah, mengapa mesti aku?
Sedangkan Kau tahu, Maha Tahu tentang keadaan diri ku. .
Betapa hinanya aku dengan dosa dosa ku. .
Layakkah aku untuk ini. . :'(

Entah mengapa, kerana rasa ketidaklayakan itu telah membawa aku kembali kepada Dia yang telah memilih ku. .
Memilih ku dikalangan mereka yang terpilih. .
Ya Allah, sungguh aku rasa aku bukan yang selayaknya. . :'(
Namun, aku PASTI ujian Mu itu untuk mereka yang mampu. .
Ya, aku mampu ya Allah. .

Hanya Allah yang tahu betapa besarnya perubahan yang telah berlaku dalam hidup ku sepanjang cuti yang lalu. .
Sungguh hanya Allah yang memberi kekuatan. .
Mintalah kekuatan, mintalah petunjuk daripada Allah. .
Moga kau menemui jalan ketenangan dalam hidup mu sahabat. .

Walau aku tahu kau tidak akan pernah akan tahu rahsia hati ini. .
Tapi aku berdoa moga sahabat ku itu dilindungi oleh Allah, diberikan petunjuk oleh Allah. .
Allah sedang menguji aku dan kamu. .
Sungguh aku sayang kamu sahabat. .
Sungguh aku sedih akan keputusan mu itu. .
Namun aku tidak kecewa. .
Kerana aku pasti Allah sedang menguji aku dan kamu. .

Jika kau lihat aku KUAT, demi Allah aku tidak kuat. . Aku hanya meminjam kekuatan itu daripada Allah. . :'( Sahabat, aku rindu kamu. . Kamu yang aku kenal bukanlah siapa yang aku kenal. . :'(

Saturday, 11 January 2014

Cinta Yang Tak Terluah

Sungguh Allah sedang menguji ku. . :'(
Sabarlah Husna. .
Percayalah bahawa duka ini hanya sementara, duka ini hanya di dunia. .
Dunia ini tempat kau berletih, akhirat kelak tempat kau berehat. .
Biarlah letih menangis menahan diri daripada mezalimi diri sendiri di dunia daripada menangis di akhirat kerana menzalimi diri sendiri di dunia. . :')

Di saat ini aku diuji lagi dengan godaan nafsu, keinginan terhadap lelaki. .
Seorang seorang hadir dalam hidup ini 'konon'nya untuk memberikan cinta tulus suci. .
Maaf, hati ku telah di miliki. .
Di miliki oleh jodoh ku di syurga. . InsyaAllah. .

Ya Allah, jika tidak dia aku tidak mahu pengganti selain jodoh ku di syurga. .

Salahkah aku??

Ya Allah, aku ingin mati sebelum tibanya saat kau bangkitkan Dajjal di dunia ini. . :'(

Hati Cinta Dunia

Manusia seringkali gila dalam mengejar cinta dunia yang sementara sedangkan satu ketika nanti yang dicinta itu PASTI akan pergi dan yang tinggal hanyalah harapan dan kepercayaan kepada Yang Maha Esa. . 

Kalau nak diikutkan ke'bengongan' aku ni dah lama dah aku cabut hati aku, rendam dalam clorox pastu sental dengan berus kuat kuat. .
Allah, rasa kotor sangat hati. .
Macamane eh, nak bersihkan hati ni? :'(

Siapa kata hidup single tak bahagia?
Manusia rasa hati dia kosong sebab dia banyak cinta dunia, dia jauh daripada Allah. .
Dia tak penuhkan hati dia dengan cinta Allah, sebab tu lah hati dia rasa kosong. .
Sungguh hanya Allah yang memberikan kekuatan. .
Kalau kita nak cinta seseorang tu mestilah kita merayu-rayu kat orang tu kan. .
Jadi mengapa kita tak merayu kat Allah moga Allah penuhkan hati kita ni dengan cinta-Nya?

Pernah main candy crush tak?
Ada life bentuk hati kan?
Kalau tak cukup satu hati tu tak boleh main game tu kan?
Sama jugak macam kita nak mencintai manusia. .
Kalau hati kita ni kosong tanpa cinta Allah, mana mungkin hati kita ini mampu untuk mencintai sesorang yang lain dengan IKHLAS?
Kita tak akan mampu, sedetik pun tidak akan mampu. .
Jika kita mencintai seseorang tetapi tidak didasarkan atas cinta kepada Allah, bermakna kita menzalimi diri kita sendiri. .
Mereka yang tidak mencintai Allah telah berlaku zalim kepada dirinya. .
Kerana apa?
Kerana mereka tidak memberikan hak hati mereka pada yang benar benar berhak. .
Siapa yang berhak?
Siapa lagi jika tidak Pencipta Hati kita iaitu Allah. .

Baru balik usrah yang tetibe je terjoin usrah kawan aku tadi. .
Dah dia buat usrah kat aras aku, so aku pergi je lah terkedik kedik lepas terjumpa dia masa balik surau tadi. .
Tajuk dia memang mantaplah. .
"Ancaman Musuh musuh Islam"
Betapa tak caknanya aku dengan isu ni sampai banyak sangat benda yang aku tak tahu. .
Yelah, aku ni merangkak lagi. .
Dok belajar hok fadhu ain lagi. . Dok alif ba ta lagi. .
Gitulah nampaknya. . Betapa jauhnya pengetahuan aku, betapa ceteknya ilmu yang aku ada ni. .
Buat apalah pointer 4flat, rumah flat ke apa apa flat pun kalau ilmu fadhu ain pun tak lepas. .
Inikan pulak nak cakna tentang hal hal lain. .
Tapi memang sepatutnya aku ambil tahulah benda tu. .
Masalahnya aku ni macam tin kosong. .
Bila ketuk bunyi kuat, tapi isi tak ada. .
Nak oyaknya aku ni punyalah bapak banyak cakap tapi ilmu tak ada. .
Jadi mulai sekarang, silap silap. .
Mulai habis Pilihanraya Kampus, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk tidak bercakap melainkan yang perlu sahaja. .
InsyaAllah. . Doakan mudah mudahan berjaya!
Kekuatan itu hanya datang daripada Allah. . Percayalah!

Biarlah menangis di dunia yang sementara daripada menangis di akhirat yang KEKAL selamanya. . :')

Tuesday, 7 January 2014

Enjoy Your Day. .

Semalam adalah sejarah yang tak mungkin berulang,
Hari ini adalah realiti yang sedang kita tempuhi,
Esok adalah misteri yang kita takkan pernah ketahui. .
Semalam adalah sesuatu yang tak akan berulang. .
Jadi jangan pernah kau harapkan kemanisan madu yang sama seperti hari ini pada keesokan harinya kerna ianya pasti tidak akan sama. .
Jangan juga kau risaukan kepahitan semalam itu kan mungkin berulang kembali. .
Esok pula adalah misteri, yang rahsianya hanya ada pada Allah taala. .
Kita tidak akan pernah tahu adakah jalan yang kita pilih ini akan membawa kita ke penghujung yang mana?
Janganlah kau khuatir untuk melangkah, kerana Allah sentiasa membekalkan panduan dalam hidup Mu. .
Jika benar benar kau menggunakan panduan itu, Insya Allah engkau tidak akan sesat. .
Usahlah kau jalani hidup ini dengan keraguan, jangan pernah takut untuk melangkah ke hadapan. .
Kerna jika kau terus menjalani kehidupan ini dengan ragu ragu, kau akan sentiasa menempuhi hari ini yang serba kerisauan. .
Teruskanlah ke hadapan. .
Tidak kira bagaimana kau merangkak, berjalan atau berlari. . Teruslah maju. .
Jika andainya dalam menjalani kehidupan ini kau terjatuh dan terbaring lemah. .
Bangkitlah semula dengan pengharapan. .
Kerana harapan itu akan selalu ada bagi mereka yang masih percaya. .
Percaya kepada Tuhannya dan kembali menemui-Nya. .
so. . . . .
Live in TODAY, and make it so beautiful. . 
Nampaknya projek novel aku masih bertangguh. .
Baru menaip tak sampai 100 m/s dah tertangguh. . Ha ha ha. .
Tak dan nak buat. .
Tak ada idea lagi pun. .
Kalau buat mesti jadi sampah. .
Daripada bazir masa, baik aku postpone dulu. .
Kat rumah pun dengan projek ulasan video ceramah. .
Tak dan nak habiskan novel. .
Kat IPG sibuk main keyboard aje. .
Hurm. . Teringat pada dia. .
Dia yang sentiasa menjadi inspirasi untuk aku melakukan sesuatu. .
Sesuatu yang baru dalam hidup aku. .
Mungkin Allah hanya mentakdirkan dia hadir dalam hidup ku untuk menjadi motivasi aku. .
Mungkinkah Kau telah memperkenankan doa ku yang kedua?
Agar Kau menjauhkan dirinya daripada ku. . :')
Apa pun yang berlaku, aku percaya bahawa Allah menulis takdir dengan HIKMAH. . :)


Saturday, 4 January 2014

I'm Used to be Young. .

Tengah meeting tadi boleh pulak sek sek ni kenakan aku pasal post post aku kat Google+. .
Geramnya!
Statement aku sebelum ni. . Pengalaman mengajar aku erti kedewasaan. . Ha ha ha. .
Biarlah aku skema sikit. . Dah tu memang aku pun. . Nak camne? Ha ha ha. .
Redha je lah. . Aku tak boleh lah tak jadi diri sendiri. .
Jadi senyap, bisu, tak bergerak tu memang bukan aku. .
Tapi aku bukanlah sentiasanya betul. . Ada masa aku silap akan ada juga sahabat sahabat yang sudi tegur. .
Tapi jangan cepat sangat menghukum sedangkan Allah menangguhkan hukuman manusia supaya beri peluang manusia bertaubat. .
Kalau buat salah sikit terus nak hukum aku memang dah lama aku kena rendam dalam api neraka. . :'(
Allah bagi ujian sebab Allah sayang kan. .

Nak cakap pasal pengalaman tu bukanlah aku ni banyak sangat pengalaman sampai pandai sangat. . Memang tak lah. .
Tapi nak katanya cara Allah didik manusia ni berbeza. .
Contoh mudah aku dengan adik beradik aku lah. .
Didikan sama. . Kena sebat kena bantai kena maki semualah kena. .
Tapi kenapa yang abang boleh jadi panas baran, abang lagi sorang cool, adik pulak asyik nampak salah orang. . Bezakan?

Jadi perasan tak sebenarnya siapa yang didik kita kalau bukan Allah?
Allah temukan kita dengan macam macam perkara. . Ada baik, ada buruk. .
Ikut kesesuaian manusia tu macamana lah. . Sebab Allah tahu, kita tak tahu. .
Macam aku, aku pernah rasa jadi orang yang paling teruk, paling banyak buat silap. .
Kita tak boleh nak lari daripada masa lalu kita. .
Cuma boleh tutup mata dan go on je lah. .

Kalau nak fikir soal sesal, banyak benda yang aku nak sesalkan. .
Tapi sebenarnya baik buruk yang kita buat tu semua ada pengajaran dia. .
Allah izinkan kita menjadi pendosa supaya kita sedar diri kita ni hina. .
Banyak dosa. .
Kalaulah Allah tak bagi peluang kat aku buat dosa, aku rasa mesti aku meninggi diri sekarang ni. .

Aku teringat kata kata akak senior aku, seorang ustazah. .
Dia kata ada manusia yang untuk sampai kepada tahap makrifatullah tu dia membuat dosa besar berulang ulang kali. . Bukan sekali, tapi banyak kali. .Tapi kerana dosa besar itulah yang menjadi asbab dia mengenal Allah. .

Allah tak kata kita boleh lari daripada silap, tapi Allah kata pintu taubat Aku sentiasa terbuka bagi hamba Ku yang berdosa. . Tengok, Allah Maha Tahu bahawa hamba dia ni PASTI buat dosa. .
Kalau rasa dosa kita ni besar sangat, malu nak minta ampun kat Allah, ingatlah bahawa kasih sayang Allah, pintu taubat Allah tu lagi besar daripada dosa yang kau miliki. .

Nak cakap pasal muda ke tua ni aku rasa aku dah tamat zaman muda kot. .
Bila aku tengok kawan kawan aku dok sibuk cerita pasal mekap lah apa lah. .
Fesyen belah sana belah sini. . Kadang kadang aku mampu senyum je. .
Sebab semua benda tu aku dah lalu dah. . Ha ha ha. .
Zaman aku bermekap mekap. . Berseksi seksa tu dah lama dah berakhir. .
Tak nak dah aku ungkap balik cerita lama. . Nak cerita pun malu. .
Tak kan nak sebar aib kat orang pulak kan. .
Aku mampu gelak dalam hati je lah. .
Dalam hati kata, aku dah rasa dah semua tu. . Buat bazir masa je. .
Tapi yelah, kalau manusia tak buat silap bila dia belajar kan?

Bila tengok sahabat aku boleh nak berlepak lepak, tengok movie ke apa ke tak tahulah aku nak jeles ke nak apa. .
Rasanya aku tak de nak rasa apa. .
Sebab pada aku, masa aku jadi sibuk macam sekarang ni aku lagi suka daripada masa aku bersenang lenang dulu lah. .
Rasa bosan dah buat semua tu. . Ha ha ha. .

Macam cerita adik aku, dulu dia seorang perokok. .
Tak habis sekolah lagi dah merokok. . Dalam family aku dialah yang paling awal terjebak dengan rokok ni. .
Tapi dia cerita satu hari tu ada ketika dia isap rokok tu dah tak rasa nikmat dah. . Dah tak rasa apa. .
Maksudnya dia dah tak rasa apa sangatlah rokok tu. . Alhamdulillah dalam family aku yang lelaki dia je yang tak merokok dengan adik aku yang umur 9 tahun tu. . Ha ha ha. .

Ya Allah, sesungguhnya tak ada apa yang aku nak kesalkan. .
Buruk ke baik ke semuanya adalah takdir yang Allah susun untuk kita. .
Allah kan menulis takdir dengan hikmah. . :)

Aku tak mampu nak memandang setiap musibah dan rezeki yang Allah berikan dalam hidup aku ni melainkan dengan pandangan hikmah. .
Semuanya indah. . Alhamdulillah. . :)

Kalau rasa muda, semua benda nak cuba. . Yang haram pun nak cuba. . Tapi kalau fikir hidup tak lama, tentu fikir amal amal yang baik je nak bawa mati kan. . :)

Cinta Itu Bertemu di Mana?

Setelah diganggu oleh panggilan telefon oleh sahabat pagi pagi buta ni tak boleh tidur pulak mata. .
Lagipun banyak hal yang aku fikirkan. . Sejak balik daripada Madrasah di Jerantut Feri petang tadi. .
Aku teringatkan perbualan aku dengan sahabat baik aku yang sudah pun bertunang. .

        "Da, perlu ke kahwin?" kata ku padanya sedang kami berehat di pondok yang disediakan di madrasah tersebut ketika sahabat sahabat lain melawat kawasan pondok yang menjadi kediaman bagi penghuni madrasah.
     
        "Eh, pentinglah. Kalau kahwin kan menyempurnakan separuh daripada agama kita" jawabnya.

        "Tapi kan kita boleh berusaha untuk yang separuhnya lagi. Habis tu kalau dah tak ada jodoh?" soal ku lagi.

        "Tahu mana tak ada jodoh? Jangan nak pandai pandai. Kita kena percaya pada Allah. Percaya pada doa. Yang penting kita doa yang terbaik untuk kita" katanya dengan nada sedikit keras. Aku terdiam dan air mata ku mula mengalir perlahan.

Marah betul dia kalau aku timbulkan isu tak mahu berkahwin. .
Bukan tak mahu, nak sangat tapi nak camne belum sampai seru orang kata kan. .
Bila ada peluang untuk diperkenalkan dengan seseorang, sungguh rasa diri ini belum siap. .
Dan sungguh hati ini belum mampu untuk dibuka untuk menerima sesiapa pun. .

Sepanjang perjalanan pulang daripada pengajian, yang terbayang di fikiran ku adalah dia. .
Allahu Akhbar! berat ujian ini untuk ku ya Allah. .
Aku tidak mahu menzalimi orang yang akan bernikah dengan ku kelak seandainya hati ini masih padanya. .
Bagaimana mungkin ada dua cinta dalam satu hati?
Tapi aku yakin Kau menutup hati ini hanya untuk seseorang yang tidak akan membuka hatinya untuk kau adalah kerana Allah ingin menjaga hati ku. . :')

Dan aku pun berkira kira andainya Allah mengabulkan doa ku untuk bersama dengan orang yang aku suka itu adakah aku akan melalui jalan dakwah yang aku lalui sekarang?
Sedikit tipis peluang itu. .
Dia bukan seperti mereka yang berjalan seiring atas jalan dakwah yang ku jalani ini. .
Andai Allah mentakdirkan hatinya itu terbuka untuk ku, aku harus memilih antara dia dan jalan dakwah ini. .
Ya Allah, bisakah aku membuat pilihan?
Sungguh aku rasa tidak mampu. . :'(

Ya Allah satukanlah hati ku dan hatinya dalam cinta Allah dan Rasulullah. .Tautkan hati kami dengan jihad dan pengorbanan. . Semikanlah cinta kami atas jalan yang diredhai oleh Mu. .

Aku tidak mahu cintanya tanpa cinta Mu. . :')

InsyaAllah. . Allahumma Amin. . :)

Lelaki idaman ku. . He he he. . :P

Wanita idola ku. . :P