Tuesday, 31 December 2013

Aku vs Ana

Isu ini agak pelik sikit kan. . Ha ha ha. .
Tahu kenapa aku namakan blog ini 'Inilah Aku'. .
Link blog ni nurulhusnaituaku.blogspot.com?

'Aku' adalah kata ganti nama diri yang aku selalu gunakan sejak daripada aku kecil lagi. .
Aku tak biasa guna nama 'saya' 'ana'. . itu memang bukan aku la. . Ha ha ha. .
Aku teringat kata kata seorang senior yang aku panggil ustaz sahaja. .
Aku sangat respect ustaz tu. . Setakat ni tak ada lagi senior pengajian Islam yang dapat sentuh aku dengan kata kata dia macam ustaz tu. .
Banyak percakapan dia, ceramah dia yang terkesan dalam hati aku. .
Walaupun pada mulanya sumpah aku tak faham bila dia cakap Kedah. . Laju pulak tu. .
Tapi bila dah lama lama. . Allah buka hati untuk faham. .
Benarlah bahasa apa pun yang diucapkan tapi diluahkan oleh hati akan tersentuh oleh hati. .

Jauh ke laut dah perbincangan kita ni. . Ha ha ha. . Marilah kita kembali ke pangkal jalan. . :P
Ustaz tu pernah cakap 'saya bersyukur sebab masih mampu untuk membahasakan diri sebagai saya. .'
Tak faham kan? Ha ha ha. .
Dia kata lagi ulama' ulama' hebat yang mengarang buku buku dan kitab kitab akan membahasakan diri mereka sebagai al-faqir. . Iaitu yang tidak memiliki apa apa untuk mengelakkan rasa riya', bangga diri dan sebagainya. .

Alim itu bukan pada perkataan 'ana' 'enta'. .
Nak cakap Islamik, untuk jadi seorang Islam tidak lah perlu sampai kita mengubah kebiasaan diri kita. .
Kalau dengan bercakap menggunakan bahasa Arab itu mampu untuk meningkat iman kita, nah! Belajar bahasa Arab je lah. . Ilmu Tauhid, Fiqh semua tak perlu sentuh. .
Saya faham ianya merupakan advance pada mereka yang pandai berbahasa Arab untuk lebih memahami tentang ajaran Islam. . Itu merupakan nikmat yang patut anda syukuri. .

Tetapi ada sesetengah daripada kita mempunyai anggapan nak islamik itu perlu ana, enta. .
Memang tidak patut. .
Dan saya merasakan tak perlu nak rasa malu kalau kita dah biasa guna 'aku' 'kau', 'ambe' 'deme', 'chek' 'hang' untuk gunakan dalam perbualan kita dengan sahabat sahabat apabila membicarakan tentang perbahasan ilmu. .
Sebenarnya saya rasa kebiasaan itu akan menjadikan kita lebih akrab, lebih mesra. .

Aku biasanya kalau nak berborak ikut keselesaan dengan siapa aku nak bercakap lah. .
Kalau dia biasa guna 'aku' 'kau', aku guna 'aku' 'kau' lah. .
Kalau dia guna 'saya' 'awak' aku guna 'saya' 'awak'. .
Mudah kan. .
Lebih mudah, lebih mesra, lebih rapat. .

Tapi aku tak ada lah nak berburuk sangka pada mereka yang menggunakan perkataan 'ana'. .
Mungkin sebab dia dah biasa guna 'ana' itu sebagai bahasa harian dia. .
Tapi bagi kita yang tak selalu guna yang bahasa Arab pun kelam kelibut aku rasa tak perlu kot untuk berubah menjadi seseorang yang berbeza hanya untuk menunjukkan aku lebih Islamik, lebih alim. . Itu sangat tidak wajar. .
Jadilah diri sendiri. . :)


You are the Fighter of Your Life

Seharian aku memikirkan soal Ammar. .
Sungguh kisahnya itu membuat hati ku seolah-olah hidup kembali setelah sekian lama mati dek dosa yang hitam. .
Dan aku berfikir bagaimana harus aku mencontohinya, mengambil ikhtibar daripada kisahnya. .
Setiap petunjuk dan hidayah, gerak hati yang Allah ilhamkan dalam hati kita jika tidak kita fikirkan apa yang perlu dibuat, tindakan susulan daripada hidayah itu tidak akan membawa apa apa perubahan dalam hidup kita. .
Dan aku takut seandainya aku lari daripada hidayah, gerak hati yang baik yang Allah ilhamkan kepada ku, aku TAKUT Allah tidak akan memberikannya lagi. .
Aku takut Allah tutup rapat hati aku untuk terima hidayah. . Nauzubillah. .
Di saat aku menyelusuri kisah Ammar, aku sedar dia dilahirkan daripada dua insan yang hebat. .
Ayah yang hebat, ibu yang hebat, keluarga yang hebat. .
Sedangkan aku tidak mempunyai kelayakan seperti itu. .
Bagaimana aku hendak mengimpikan seorang 'Ammar' lahir daripada rahim ku. .
Sedangkan aku juga tidak tahu takdir hidup ku adakah aku akan berkahwin di dunia ini atau diberikan rezeki seorang anak. .
Anak yang hebat lahir daripada ibu bapa yang hebat. .
Suka aku mendengarkan kisah ayah kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani tentang seorang pemuda yang meminta dihalalkan sebiji epal yang dimakannya. .
Kisah ini sangat mahsyur dan rasanya semua orang tahu. .
Bagaimana Allah melahirkan seorang Wali Allah itu daripada dua benih yang baik. .

Aku melihatkan diri ku yang serba kekurangan ini. .
Ya Allah, mana mungkin seorang yang hebat itu adalah daripada keturunan ku. . dan aku menangis. .
Mana mungkin aku dapat melahirkan mujahid & mujahidah soleh & solehah untuk agama Mu. .
Aku ini tidak punya apa apa. . :'(

Dan kemudian aku berfikir, jika ayah Ammar menyediakan blueprint dalam mendidik anaknya itu sehinggalah beliau menjadi syahid. .
Mengapa tidak aku merancang blueprint untuk perancangan masa depan ku. .
Jika aku tidak mampu melahirkan seorang mujahidah mengapa tidak diri aku sahaja yang aku infakkan untuk Islam?
Mengapa tidak aku berjuang untuk Islam?
Benar kata Jalaluddin Rumi bahawa kematian itu adalah permulaan bagi kehidupan yang abadi. .
Allah mematikan jasad Ammar, tetapi Allah menghidupkan hati hatinya di dalam hati masyarakat
Allah juga telah telah mematikan hati ku. . dan kini Allah menghidupkan kembali hati ku dengan semangat yang baru Insya Allah. .
Kita harus matikan dunia dalam hati sebelum matinya jasad daripada dunia ini agar kita dapat hidup di dunia dengan pandangan akhirat. .

Aku teringat akan nasihat Syeikh Rohimuddin. . Beliau pernah berpesan bahawa:
Dunia ini gelap, akhirat itu terang. . Maka kita perlukan ilmu akhirat untuk menerangi jalan hidup di dunia ini. .
Carilah ilmu, rancang blueprint untuk diri sendiri. . Jika tidak banyak yang kau mampu buat apa yang termampu. .
Aku teringat kata kata kak usrah ku. .
Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. . :)
Semester yang mendatang aku tahu akan banyak sangat dugaan ujian. .
Masa amatlah singkat. . Cubalah untuk bahagi dengan sebaiknya. .
Allah yang memberikan aku masa, layakkah aku beralasan dengan Allah?
Before you change other, change yourself first. .

Aku bukan seorang yang baik, tetapi sedang usaha ke arah kebaikan itu. .



Monday, 30 December 2013

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)



Seorang mujahid dalam perjuangan dakwah dan ilmu. . Allahu Akhbar!
Jadikanlah jihad itu cita cita kami. .
Sesungguhnya beliau tidak mati tapi tetap hidup di dalam hati hati manusia. . :')

Antara rumusan 'Apabila Ammar bertemu bidadarinya':

Ustaz Hasrizal:

Yusuf al qardhawi (ilmu yg perlu ada bagi seorang pendakwah):

3 bekalan dakwah
1. iman
2. akhlak
3. ilmu

6 jenis ilmu
1. ilmu islam
2. ilmu bhasa
3. ilmu sosial
4. ilmu sains
5. ilmu mentafsir realiti
6. ilmu sejarah

Ahmad Azam Abdul Rahman (Bapa Ammar):

7 formula didik ank
1. diberikn nama yg ada wawasan
2. mletakkn wawasan ummatik
3. menekankn persoalan adab
4. mghayati al quran
5. pelihara solat dan tahajjud
6. kuasai ilmu yg diperlukan pd zamannya
7. kuasai bahasa asing

u're 4 islam!
              Ammar mujahid dakwah

10 pgajaran kisah ammar
1. wawasan diri & keluarga vs wawasan ummah
2. belajar di turki vs belajar di barat
3. kecemerlangann vs kekuatan spritual
4. aktiviti santai vs aktiviti umat
5. jihad perang vs jihad ilmu & dakwah
6. perancangan insan vs perancangan Allah
7. sultan muhammad al-fatih vs ahmad ammar
8. abu ayub al ansari vs ahmad ammar
9. pinjaman Allah vs milik keluarga
10. kematian yg diratapi vs kematian yg menghidupkan

3 nilai penting didikan Hayrat (tempat Ammar tinggal di Turki)
1. ikhlas
2. bersungguh sungguh
3. berkhidmat utk tlg org

4 hakikat iman
1. al Faqr - tdk memiliki apapun di dunia ini
2. al 'ajz -merasakan diri sgt lemah
3. asy syafaqah - berasa empati kepada org lain
4. at tafakkur - sentiasa memikirkan kehebatan Allah

Kematian itu adalah permulaan kehidupan yang abadi -Jalaludin Rumi

GPTD: Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..(Bhg. 3) - Abah & Emak Ammar



Kisah Ammar sudah agak lama juga. . Tapi baru aku nak ambil tahu. .
Mula mula jujur aku malas nak ambil kisah pun siapakah gerangan yang memiliki nama itu. .
Hanya anak muda yang lebih kurang sebaya aku. .
Tapi di saat mendengarkan kisahnya, ya Allah rasa kerdil diri ini kerana terlalu jauh ilmunya, sumbangannya, pengalamannya terhadap dunia berbanding diri ku. .
Video GPTD kisah Ammar bahagian 1 dibicarakan oleh Ustaz Hasrizal. .
Ustaz yang telah lama menjadi kekaguman aku sejak di bangku sekolah lagi. .
Ammar ini adalah seorang yang menjadi inspirasi dan harapan bagi semua orang. .
Mendengarkan pula apa yang diperkatakan oleh bapanya aku rasa sangat terinspirasi bagaimana dia mendidik anaknya itu. .
Boleh di ambil sebagai panduan kelak. .

Aku mempunyai impian untuk menjadi seorang ibu semenjak aku di sekolah rendah lagi. .
Lucu bila aku teringatkan kisah ini. .
Di saat itu aku menulis di sebuah buku yang ku panggil diari kehidupan. .
Aku ditakdirkan lahir dalam keluarga yang tidak dididik dengan kasih sayang. .
Aku tidak tahu menuturkan kata cinta, kata kata kasih sayang, kata kata penghargaan kepada orang sekeliling ku. .
Tapi di saat itu aku mempunyai impian untuk mempunyai seorang anak dan mendidik mereka dengan kasih sayang seorang ibu tidak seperti mana ibu bapa ku mendidik ku. .
Manusia tidak sempurna. . Pasti ada kekurangannya dan aku tidak pernah akan sekalipun menyesali akan takdir ini. .
Sekurang kurangnya mereka masih membesarkan aku dengan rasa kasihan dan belas. .

Bayangkan di saat aku masih tidak faham akan perhubungan lelaki dan wanita pun aku sudah mempunyai impian seorang ibu. .
Ya Allah, betapa besarnya impian ku itu yang pernah Kau ilhamkan sedari aku kecil. .
Andai kata takdir itu tidak akan pernah berlaku, aku PASTI itu bukanlah yang terbaik untuk ku. .
Mungkin sahaja benih ku ini tidak mampu untuk melahirkan mujahid dan mujahidah soleh dan solehah yang akan berjuang atas jalan Mu. .
Jika takdir ini benar berlaku, jangan pula kau lahirkan manusia daripada benih ku ini manusia yang menderhakai Mu dan agama Mu. .

Aku YAKIN dan PASTI Allah akan memberikan yang terbaik untuk diri ini. . Bukan apa yang ku pinta dan impikan tetapi apa yang aku perlukan kerana Allah Maha Mengetahui sedang aku tidak tahu sama sekali. .

Jika kau takdirkan ada kehidupan dalam rahim ku ini kau jadikanlah mereka mujahid dan mujahidah yang berjuang untuk Mu. . You're for ISLAM my child. .

Sunday, 29 December 2013

Cinta High Class - Ustazah Fatimah Syarha (TH Filem)



Allahu Robbi!
Sangat tersentuh. .
Kamu tahu bila di saatnya aku jatuh hati pada mu?
Adalah di saat kau menuturkan bahawa:
"Jangan dekati aku, aku takut Allah!"
Jalan cinta itu begitu indah dan kita berpisah. .
Aku sangat bersyukur akan cinta ini. . :')

Penilaian Manusia vs Penilaian Allah

Fokus tajuk pada kali ini purdah. .
Tak tahu apa tu purdah?
Pandai pandai lah cari sendiri. . He he he. .
Saya tak tahu apa pandangan manusia pada saya apabila saya memakai purdah. .
Dan saya tidak memikirkan apa pandangan manusia pun masa mengambil keputusan untuk berpurdah di khalayak ramai. .
Tapi yang saya tahu saya sudah beli purdah setahun sebelum betul-betul memakainya di khalayak. .
Sebelum ini pun saya pernah disarankan oleh sahabat-sahabat saya baik lelaki mahupun wanita untuk berpurdah. . 
Saya tak tahu atas alasan apa mereka itu menasihati saya tapi saya pasti bahawa setiap perkara yang berlaku merupakan petunjuk daripada Allah tidak kira ianya adalah satu hinaan ataupun pujian daripada manusia. .

Pada mulanya sahabat baik saya menasihati saya untuk berpurdah. . Kami jarang berjumpa tapi ada sekali tu dia jumpa saya dan nasihatkan saya agar berpurdah. . Mula mula saya senyum aje. . Dia beri saya nombor akak yang menjual purdah. . Saya simpan dan langsung tak buat apa-apa. .Dan tak lama lepas tu saya ada beli purdah tapi belum sedia lagi nak pakai. . Sebab saya rasa tak layak. . Lagipun masa tu masih berjinak-jinak dengan tudung labuh. .

Kemudian ada sahabat lelaki saya menyampaikan pesan pada saya lewat 'sms'. . Dia kata dia dan beberapa sahabat lelaki sarankan saya untuk memakai purdah. . Saya tanya kenapa dia tak jawab. . Masa tu saya bengang betul. . Saya kata dalam hati siapa mereka nak tentukan apa yang aku nak pakai. . Ikut suka aku lah. . Bukan wajib pun. . Geram betul aku bila lelaki tengok aku dan bagi penilaian kat aku pastu nasihat kat aku macam macam. . Mula-mula la. . Tapi bila fikir punya fikir. . Lelaki menegur tanda mereka prihatin. . Tanda mereka peduli. . Saya sangat faham lelaki sebab saya ada abang abang lelaki dan adik lelaki. . Jadi saya tahu apa yang mereka suka lihat pada wanita. . Tapi kat saya tak tengok apa lah. . Aku bukan cantik pun. . Ha ha ha. .

Lama sangat lepas tu saya tak fikir nak berpurdah sebab saya takut apa pandangan manusia pada saya. . Macamana lah nanti kawan-kawan dengan aku. . Nak istiqamah bertudung labuh pun sukar. . Ada masa rasa tak layak. . Tapi paksa juga hati. . Masa mula-mula pakai tudung labuh dulu pun bukan sebab apa. . Pakai jubah kawan tapi tak ada tudung masa tu ada kem. . Jadi fasilitator untuk budak budak sekolah menengah. . Kat situ semua fasilitator pakai tudung labuh. . Bila saat sarung tudung tu rasa ya Allah. . Rasa suka rasa selamat sangat rasa tenang. . Tak tahulah nak gambar macamana. . Alhamdulillah balik daripada kem sampai sekarang insyAllah masih istiqamah. . Tapi yalah kadang kadang Allah uji jugak lah kita. . Tak kanlah senang senang nak dikatakan beriman selagi kita tak diuji kan. .

Saya ni jenis orang belajar peringkat peringkat. . Memang sebelum saya masuk IPG pun dah pakai stokin tu pun sebab ada kawan lelaki saya nasihat. . Dia belikan saya stokin. . Saya pun kadang kadang pakai kadang  tak. . Sebab jahil sangat kan. . Tapi nak cerita zaman saya sekolah menengah dulu lagi jahil. . Pakai tudung pun tingkatan 3 baru pakai kalau nak pergi kedai. . Sebab saya datang haid lambat. . Tingkatan 3 baru jadi anak dara. . Sebelum tu belum mumayyiz agaknya tak dapat beza baik buruk. . Ha ha ha. .Tu pun kadang kadang pakai kadang kadang tak. . Kat luar rumah memang tak pakai lah. . Nak cakap pun malu lah. . Selalu sangat lelaki dok lalu lalang tiap tiap hari lalu depan rumah nak tengok aku. . Punya teruk dulu. . Sampai ada pakai baju ketat kat luar pun ada. . Ikut sangat fesyen konon. . Kena tegur dengan sepupu lelaki, arwah dah sekarang. . Tak boleh terima. . Kata dalam hati lah tak suka tak yah tengok. . Gatal! Ha ha ha. . 

Tapi itu semua cerita dulu. . Alhamdulillah daripada pemakaian tu banyaklah berubah. . Tapi tadi kita nak cerita pasal purdah kan? Lupa pulak. . He he he. . Saya bukanlah ustaz atau ustazah tapi saya adalah buat pembacaan tentang purdah sebelum saya betul betul nak berpurdah. . Saya berpegang bahawa ianya adalah sunnah. . Nak pakai dapat pahala, tak nak pakai tak apa. . Ye kan? Kalau salah mohon betulkan. . Saya suka pakai purdah kalau pergi majlis majlis ilmu ke pergi jalan jalan ke. . Senang cerita kalau jumpa dengan orang yang saya tak kenal lah. . Ada orang kata yang saya baca lah pakaian ni senjata bagi wanita. . Dan saya rasa sangat selamat apabila memakainya. . 

Bukan nak kata perempuan yang pakai tudung labuh sahaja atau bertudung saji atau bertudung apa apa lah tak selamat tapi saya pernah mengalami satu peristiwa di mana waktu tu saya keluar makan dengan kawan kawan. . Dan ketika itu saya sudah pun bertudung labuh. . Ada sekumpulan lelaki yang makan tak jauh daripada meja kami. . Adalah seorang mamat tu pandang aku macam nak makan orang. . Bukan aku nak perasan cun ke apa orang lelaki padang pandang aku. . Tapi kalau dah dari mula aku makan kat situ dok tenung aku apa hal kau! (emo sikit) Saya perasan dia pandang saya sebab hanya kawan saya dan saya yang makan menghadap dia. . Bila kawan saya bangun daripada meja pun dia masih nak pandang saya. . Sahlah dia tengok aku! Tak kanlah tengok nasi dalam pinggan aku. . Sah gila kalau macam tu. . Jadi saya pun rasa masih tak selamat walaupun sudah memakai tudung labuh. . 

Itu antara cerita nya lah. . Lagi satu sebab yang menguatkan aku untuk berpurdah adalah lebih untuk menjaga hati aku. . Bukan nak kata bila kita semakin syadid dalam pemakaian hati kita lebih terjaga. . Kalau macam tu pakai baju eskimo lah. . Tutup habis. . Tak pun pakai kotak time berjalan. . Baru orang tak nampak. . Nak beza manusia dengan sampah pun tak dapat. . Hu hu hu. . Aku ni jenis senang didekati. . Baik kawan lelaki mahupun wanita. . Jadi memang selalu lah kalau ada kem ke ada program ke selalu memang aku akan ada kenalan baru. . Kenalan wanita tak pelah tapi yang tak tahannya kalau lelaki lah. . Aha! aku ni kan manusia. . Banyak pulak buat khilaf. . Nak jaga hati ni memang payah lah. . Tak kiralah time aku dulu bertudung kejap kejap atau time aku dah bertudung labuh pun memang selalu ada kawan baru lelaki yang aku kenal daripada mana mana program lah kem lah ceramah lah. . Jadi tu lah. . Lelaki ni tertarik pada wanita dan wanita pun akan tertarik pada lelaki yang tertarik pada mereka. . Nampak tak permainan dia? Ha ha ha. . Jadi aku nak jaga hati aku daripada dikenali oleh lelaki lelaki yang tidak aku kenali dan tidak mahu aku kenali. . Kalau boleh aku memang tak nak ada lelaki yang dok contact contact nak kenal apa lah. . Wei! aku pun ada nafsu jugak tau. . Kau ada 1, aku ada 9. . Susah nak jaga weh. . Hu hu hu. .

Lagi satu aku sangat tak suka kalau orang kata purdah ni untuk orang cantik je. . Orang hodoh macam aku tak layak nak pakai. . Lagi bengang kalau dia buat penilaian yang orang yang bertudung labuh simple pun lebih cantik daripada orang yang berpurdah. . Malaslah aku nak bersangka yang buruk tapi aku agak kecewa jugak lah dengan pandangan dia tu. . Tak semestinya orang berpurdah sebab dia cantik. . Macam aku, aku berpurdah sebab nak cantik. . Ha ha ha. . Dah kata kan tadi nafsu aku ada 9. . Semua perempuan nak cantik. . Tak tipu. . Naluri tu kau tak boleh nak lari. . Tapi nak cantik macamana, untuk siapa, bagaimana kita mengekspresikan kecantikan kita juga berbeza. . Aku fikir daripada aku bermekap tebal, berhabis duit untuk mekap mekap yang tak kekal di muka mengapa tidak aku berpurdah yang kosnya kadang hanya semurah rm5. . Boleh pakai banyak kali. . daripada mekap tebal menipu yang membazir tu. . 
Macam sebelum ni aku kata purdah ni sunah. . Sama jugak macam pemakaian kopiah, serban, jubah and what ever lah. . Adakah anda memakainya sebab anda rasa anda hensem? Tak kan? Ianya adalah pakaian sunah sama seperti purdah. . Bukan sentiasa kita pakai kopiah ke mana mana kan? Bukan kita, kamu lah. . Kalau selesa kamu pakai, kalau kurang sesuai kamu tak pakai. . Kan?

Dan lagi satu aku ni jenis tak boleh bau rokok. . Dan aku berdoa sangat sangat suami aku nanti bukanlah seorang perokok. . Daripada dulu sebenarnya kalau bau asap rokok aku rasa pening sangat sangat dan rasa mual macam nak muntah. . Bukan bau rokok je. . Bau asap kenderaan, bau yang kurang menyenangkan juga boleh membawa aku kepada simptom yang sama. . Kalau tutup mulut guna tangan karang orang kecil hati tapi kalau tak aku yang pengsan nanti. . Dulu kalau balik kat stesen bas Larkin tu aku rasa nak menyumpah nyumpah orang yang merokok. . Sebab dalam banyak banyak sakit, sakit perut ke sakit otot ke aku paling tak suka sakit kepala. . Ianya bukan hanya melemahkan otak tapi satu badan aku lemah, tak tahan, tak boleh buat apa dah. . Dan aku ni alah pada habuk. . Bukan kuih habuk habuk tapi dust dalam bahasa omputih. . Persekitaran kita ni kan tak sihat. . Lagilah KL, JB. . Udara sangat tak sihat. . Kalau habuk banyak sangat mulalah tekak aku gatal lepas tu susah nak bernafas. . Kalau banyak sangat habuk boleh jadi seminggu aku demam selesema, sakit tekak. . Sebab badan nak keluarkan balik segala habuk yang masuk tu. .Tapi sekarang alhamdulillah bila mula berpurdah perkara tu dapat dikurangkan. . dan aku pun lebih bahagia. .

Banyak sebenarnya nak diceritakan tentang pengalaman aku berpurdah. . Cerita cerita lepas berpurdah jauh lebih indah pada aku. . Tapi biasalah ada putih, pastinya ada hitam. . Kan Allah menciptakan sesuatu di muka bumi ini berpasang-pasangan. . Aku je tak ada pasangan lagi. . Ok, tu cerita lain. . Ha ha ha. . Apa apa pun berpurdah lah dan berpakaian sunah lah kamu kerana Allah. . Buat lah semua perkara niat kerana Allah. . Sepertimana aku berpurdah bukan kerana manusia, aku juga tidak akan pernah meninggalkan purdah kerana manusia. . InsyAllah semuanya atas kehendak hati ini yang moga hati ini disirami dengan hidayah daripada Allah. . Moga Allah tetap redha. . Amin. . :)

Mereka yang berpurdah tapi masih mahu bertabarruj dalam pemakaian purdah mereka, moga moga diberikan hidayah oleh Allah. . Moga diri ini tidak mengikuti jejak langkah kalian. . Biarlah orang berkata purdah ku murah, tidak ada fesyen. . Kerana itu memang bukan niat ku menjadikan purdah sebagai aksesori fesyen ku. .

The Best Version of Me

I don't want to be the best of the rest but I wanna be the best version of me. . .
Husna is coming back!
But in a new version. . Hope you enjoy it. . Ha ha ha. .

Moga Allah terus redha. . :)
Banyak hal dalam hidup ini yang membuatkan kita berduka. .
Tapi ingatlah bahawa masih ada hal hal yang bisa membuatkan kamu tersenyum. .
Langit itu memang tidak sentiasanya cerah. .
Tapi kan tidak selamanya mendung. . :)
Jika kamu percaya bahawa kegembiraan itu tidak akan kekal selamanya. .
Percayalah juga bahawa kesedihan itu juga tidak akan selamanya kekal. .
Just have to put your trust on Allah and never stop believing. . :')

Saturday, 28 December 2013

Salahkah aku?

Setiap manusia mempunyai kecintaan yang berbeza terhadap dunia dan dia pasti akan di uji dengan apa yang dicintainya itu. . Bersederhanalah dalam mencintai sesuatu daripada dunia ini. . kerana ianya PASTI akan pergi juga. . 

Salahkah aku mencintai dia?
Mencintai seseorang yang tidak akan pernah membalas cinta ku ini?
Aku juga manusia biasa yang mempunyai perasaan. . 
Perasaan ingin mencintai dan dicintai. .
Naluri itu aku tidak pernah dapat nafikan bahkan Rasulullah juga cinta akan isteri isterinya. .
Haram kah cinta ini? Aku tidak akan mengharapkan cinta ini berbalas. .
Aku hanya ingin bahagia mencintai dia. . Salah kah aku?

Setiap orang mempunyai kecintaan yang berbeza akan dunianya. .
Dan kecintaan ku terhadap dunia ini adalah kamu. .
Jika aku mendapatkan kamu, aku akan sangat sangat bersyukur atas kurniaan itu. .
Tapi jika memang tidak mungkin itu akan berlaku. .
Aku tetap akan berdoa moga moga aku tetap berjodoh dengan kamu. .
Kerana aku pasti jika tidak di dunia ini, di akhirat pasti Allah akan berikan juga apa yang terbaik untuk ku. .
Berikan dalam bentuk apa bagaimana ya aku pun tidak tahu. .
Tapi aku tidak kan pernah sesekali pun untuk berhenti berharap hingga aku mati. .
Bukan berharap pada mu tapi berharap pada Tuhan ku. .

Salah kah perasaan ini?
Salah kah bila aku tidak mampu untuk membuka hati ku lagi?
Salah kah aku bila aku memenjarakan hati ku ini hanya untuk mu selain Allah dan Rasul?
Haram kah cinta ini?
Aku masih tidak menemukan jawapannya. . :')

Cinta itu tidak perlu orang yang luar biasa untuk menjadikan hari-hari mu indah. . Juga tidak perlu balasannya kerana cinta itu adalah memberi. . Kita tidak akan pernah merasakan sakit mencintai seseorang yang kita cintai dengan ikhlas dan penuh kesederhanaan. . :)
Moga KESETIAAN ini akan membuktikan cinta ku pada mu. .

Maaf malam ni aku memang JIWANG. . Sangat kan! Ha ha ha. . 

Friday, 27 December 2013

HOW TO BE HAPPY RIGHT NOW-THE POWER OF POSITIVE THOUGHTS



How you think determine how you feel. .
So aku kena selalu berfikir yang baik baik je la. .
Aku kena kembali kan keceriaan dalam hidup aku. .
I need my smile back even it's not the same like before. .
Smile is Sunnah right? So I'm gonna do what Rasulullah do. .
I might can smile to everybody but deep in my heart, only Allah knows how bad my day is. .
Allah give me a test because Allah knows that I will only find Him when I'm in hardship. .
Why Allah is the reason of your cry? Why not He be a reason for you to smile?
Think about it Husna. . Allah gave you hardship because you only remember Him when you're suffer. .
Allah Maha Penyayang. . No doubt at all. . :)
Allah doesn't want you go far from Him. .
Life is mean. . You are being cruel to yourself because you don't want to follow Allah's rule to us. .
Allah knows but you don't know. . remember that Husna. . !

Dalam video ni pun dia ada suruh list out things that make you happy. .
Apa yang buat aku gembira dalam hidup ni eh?
> Dapat meluahkan perasaan melalui tulisan dan tangisan. .
> Dapat mencintai seseorang dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. .
> Bermain dengan adik adik aku. . Hug diorang. . Harap diorang budak kecil untuk selamanya. . Ha ha ha. .
> Aku ada abang dan adik lelaki yang selalu boleh buat gaduh. .
> Ada blog yang boleh aku merapu sorang sorang. .
> Ada hidup tanpa gangguan daripada sesiapa. .
> Dapat makan makanan yang aku suka. .
> Ada abah bila aku susah. .
> Bila ibu bagi baju dia yang mahal tapi dia tak muat. . Ha ha ha. .
> Ada duit untuk beli apa yang aku nak. .

Tapi tau apa yang kau lupa?
Ada Allah yang sentiasa melindungi. . Ada Rasulullah yang sentiasa menerangi. . Ada kesihatan yang sentiasa menjaga diri. . dan ada iman yang mengukuhkan hati. . :)
Smile Husna. . Don't let those problem kill you. .
Think and never run from your problem. .
Don't take any pain killer to heal your hurt because it will never work. .
A specific disease need a specific medicine to cure it. .
If you can't find the cures just pray that Allah will heal it for you. .
Don't try so hard for something that you can't work for it. .
Just let the thing done in natural ways. .
If it is yours, it will be yours. .
Never afraid that it might go to another hand. .
Because Allah NEVER did it wrong. .
Allah write a destiny with a reason. . :)

The Science of Happiness - A Study of Cute Aggression



Does it explain why I always hurt someone that I love the most? Ha ha ha. .
We always express a positive thing in a negative ways. .
When you're so happy you are crying. .
When I love somebody so I'm gonna hurt them?
Make sense. . Ha ha ha. .
I don't bear to see someone I love getting hurt. .
But it's just happen. .
If I be kind to you mean that I don't have any feeling toward you. .
But if I'm irritating you it surely because I might like you. . :D

S T R O N G

I can be tough. . I can be strong. . But with you, it's not like that at all. . -Wish you were here, Avril Lavigne
Cun seh Avril pakai tudung. . Huhu. .
Banyak benda berlaku dalam hidup aku sekarang. .
Dengan masalah family yang tak pernah nak settle settle. .
Pointer aku jatuh. .
Masalah tu masalah ni. . Allahu Robbi!
Rasa tak mampu sangat. . Rasa tak kuat sangat. .
On9 on9 facebook nampak pulak update status kawan aku. .
Ujian Allah untuk yang mampu. .
Betul tu. . teringat jugak ada sorang JPP tu pernah bagi talk dia kata Allah tak akan pernah bagi ujian kat kita kalau kita tak mampu. .
Entah lah. . Tapi macam separuh jiwa aku dah pergi dari dunia. .
Aku harus pergi dari dunia yang penuh tipu daya ni. .
Aku perlu matikan keinginan aku terhadap dunia. .
Tapi harus bagaimana?
Terlalu banyak perkara yang aku cintai. .
Tapi setelah satu satu ianya pergi dari hidup aku. .
Aku bersyukur sebab aku dah tak ada perkara yang aku inginkan lagi di dunia ini selain ***. .
Aku tak boleh nak tinggalkan dia. . Allahu Akhbar!
Aku tak boleh nak berhenti daripada mencintai dunia tu. .
Walaupun tak siapa tahu, walaupun tak siapa peduli. .
Dia semangat aku. . Semangat untuk aku berubah. . Semangat untuk aku kembali pulih. .
Passion. . I don't have you anymore. . I got no passion in my life. .
Let me die if this best for me. . Let me still alive if I do deserve for it. .

Sunday, 3 November 2013

keCANTIKan itu SUBJEKTIF atau OBJEKTIF

Hurm. . Kata orang, kecantikan tu subjektif. . Sebenarnya serius bila orang sebut macam tu aku akan bayangkan kertas soalan subjektif. . Ha ha ha

So, jawapan aku terpulanglah kepada si pembuat soalan nak subjektif ke objektif. . Ha ha ha
Kecantikan itu akan jadi objektif apabila kita mengehadkan istilah CANTIK tersebut kepada beberapa kriteria. . Berbeza dengan subjektif, walaupun mempunyai skema pemarkahannya, segala isi yang sesuai boleh diterima. . Lantas ia bergantung kepada mata yang melihat dan yang menilai. . 
Entah siapa dalam dunia ini yang mengklasifikasikan cantik itu sebagai orang yang berkulit putih, berbadan langsing, berambut lurus, berbibir mungil dll lagi. .

Cantik itu . . Entahlah. . Sumpah aku tak tahu. . Ha ha ha. .

Pada diri aku sendiri, setiap orang mempunyai kecantikan yang berbeza, sudut pandang yang berbeza. .
Bukan nak koya cantik tapi aku sentiasa merasakan diri ku cantik kerana inilah anugerah daripada Allah. .
Ada orang di anugerahkan dengan susuk tubuh rendah, maka dia mengagumi mereka yang tinggi. .
Ada orang di anugerahkan dengan pipi yang tembam maka dia menginginkan wajah yang cekung. .
Ada orang begitu dan begini. . Allah, mana letaknya syukur kita?

Menginginkan cantik itu tidak salah sedangkan Allah itu cantik dan menyukai kecantikan. .
Yang salah itu apabila kita tidak menghargai anugerah kecantikan yang telah Allah kurniakan kepada diri ini. .

Sudah ada mata untuk melihat, ada hidung untuk menghidu, ada tangan untuk mencapai, ada kaki untuk melangkah. . . Nah, nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan? Tak cukup cantik lagi dengan segala kesempurnaan deria itu?

Dan cantik yang UTAMA itu adalah kesempurnaan Akhlak dan peribadi. . :)
Moga kamu menjadi MUSLIMAH yang sejati. . :)

EXAM Dunia Vs Akhirat

Kalau exam dunia boleh la nak "psst. . . psst. . . Orang sebelah, jawapan ape hah. . ?"

"Esok exam  paper EDU kau ada soalan spot tak?"

Kalau exam akhirat, kawan kawan sahabat handai anak isteri saudara mara siap hantar kita ke liang lahad nak g menghadap exam Munkar Nakir. .

Tak cukup dengan tu, tok imam siap tolong bagi soalan spot beserta jawapan lagi. . (talqin)

Malangnya bukan akal yang lupa, tapi iman yang di soal. .

Allahu rabbi. . :'(

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Penyayang .

Segala sesuatu akan mati kecuali Tuhan . Tuhan Allah Yang Memiliki Pemerintahan dan kepadaNya kamu akan dikembalikan .

Tiap-tiap diri akan merasakan kematian dan bahawasanya pahala untukmu akan dicukupkan di hari Akhirat . Orang yang beruntung ialah orang yang dijauhkan daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga .

Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang sementara “ Daripada tanah Kami jadikan kamu dan kepada tanah Kami kembalikan kamu dan daripada tanah jua kamu akan dikeluarkan ” .

Dengan nama Allah dan dengan Allah dan dari Allah dan kepada Allah dan atas agama Rasulullah s.a.w, inilah yang dijanjikan Tuhan dan benarlah perkataan Rasul-Rasul .

“ Hanya dengan satu suara keras lantas semua orang dibawa  ke hadapanKu ” .

Hai Si Anu anu si Anu, hai hamba Allah, anak hamba Allah, mudah-mudahan Allah mengasihi kamu . Dunia dan segala kemegahannya sudah habis untukmu. Sekarang ini kamu sudah dalam permulaan perjalanan ke alam barzakh, maka janganlah engkau lupakan perjanjian yang telah engkau ikrarkan sewaktu hidup di dunia untuk menempuh alam Akhirat iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah .

Sebentar lagi akan datang kepadamu dua Malaikat, maka janganlah kamu terkejut dan takut kerana keduanya adalah makhluq Allah serupa kamu juga . Jika mereka sudah datang dan mereka dudukkan engkau danmereka bertanya : Siapa Tuhan engkau, apa agama engkau, siapa Nabi engkau, apa i’tiqad engkau dan apa yang engkau bawa mati ? Maka jawablah : Allah Tuhanku .

Jika mereka bertanya lagi, maka jawablah : Allah Tuhanku . Jika mereka Tanya yang ketiga kali dan itulah kesudahan yang baik, maka jawablah dengan suara yang lantang, tidak takut dan gelisah : Tuhanku Allah, Islam agamaku, Muhammad Nabiku, Al Quran Imamku, Ka ‘abah Kiblatku, Shalat Kewajibanku, Kaum Muslimin Saudaraku, Nabi Ibrahim Bapaku, dan aku hidup dan mati di atas kalimah :     مُحَمَّدًا  رَسُوْلُ  ﭐللهِ   ﻵ    ﺇلٰهَ    ﺇلاَّ    ﭐللهُ ٬                  

Berpegang teguhlah hai hamba Allah dengan hujjah ini dan ingatlah bahawa engkau akan menetap di alam barzakh ini hingga sampai hari dibangkitkan .

Jika kamu ditanya lagi tentang orang yang diRasulkan untukmu dan untuk sekalian makhluq, maka jawablah bahawa beliau itu adalah Nabi Muhammad s.a.w yang membawa kepada kami Al Quran dari Allah, maka kami mengikut dia, kami imam dengan dia, kami membenarkan keRasulannya .

Ketahuilah, wahai hamba Allah bahawasanya mati itu adalah benar, siksa dan nikmat kubur itu adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu adalah benar, bangkit dari kubur itu adalah benar, dihitung dosa dan pahala itu adalah benar, timbang amalan itu adalah benar, Titian Shirath itu adalah benar, Neraka itu adalah benar, Syurga itu adalah benar, Hari Qiyaamah itu pasti datang tidak ada keraguan lagi dan bahawasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang dalam kubur dan kami serah dan kembalikan kamu kepada Allah .


Salam imtihan sahabat. . 3 more papers left. . huhu

Saturday, 2 November 2013

Jangan Biarkan Aku MEMILIH

Memilih. . Choose. . Choice. . Pilihan. .

Dalam hidup kita, benarkah apa yang kita lalui pada hari ini semua berdasarkan pada pilihan kita?
Ada ketika kita mahu manis, pahit yang kita dapat. . Kita mahu biru, hijau yang kita peroleh. .
Nah, jarang kan apa yang kita inginkan kita peroleh?
Maka, adakah kerana hal-hal tersebut menjadi diri kamu mati pada hari ini?
Tidak. . Walhal kamu masih hidup dalam keadaan terbaik akan diri kamu. .

Hidup ini bukan atas pilihan kita. .
Rezeki kita, sahabat-sahabat kita. . Adakah kita memilih untuk bertemu dengan mereka?
Memilih untuk mengetahui tentang mereka?
Memilih untuk bersama mereka dalam menyelusuri jalan dakwah?
Nah. . apakah layak untuk kita mengatakan bahawa. .
Ahh. . celakalah diri ku berkawan dengan dia ni. .
Dialah sebab aku menjadi begini dan begitu. .
Jika mahu menyalah takdir, bukankah kita sebenarnya menyalahkan ALLAH??

Ya Allah, jangan biarkan aku memilih. . Kerana pilihan ku bukanlah yang terbaik untuk diri ku. . Jika kau izinkan diri ini untuk memilih. . Jadikan lah pilihan ku itu sama seperti pilihan Mu. .
Percayakah anda, kekecewaan dalam hidup adalah berpunca daripada sikap bahawa kita berhak memilih yang terbaik untuk diri kita?
Benar, kita lebih tahu akan diri kita berbanding orang lain. .
Tapi, Allah kan Maha Mengetahui akan segalanya. .

Apabila kita fikir bahawa apa yang berlaku dalam hidup ini adalah atas pilihan kita, maka jika baik yang berlaku kita akan menyanjung diri kita. .
Jika buruk pula yang berlaku kita akan menyalahkan diri kita hingga kecewa dan mungkin membunuh diri pula. .
Tanpa kita menyedari bahawa setiap yang baik @ buruk SEMUAnya berlaku atas IZIN ALLAH. .
WaAllahu'alam. .

Tuesday, 22 October 2013

Rindu. .

Kerinduan itu. . Sukar kan nak diungkap. .
Rindu itu hadir di saat kesepian menjelma. .
Jika rindu hadir di saat keramaian itu cinta namanya. . :P Hak hak hak. . Jiwang pulak. .
Rindu itu milik siapa sebenarnya?
Sudah tentulah milik Allah yang menciptakan dunia dan segala isinya. .
Jujur. . Aku memang RINDU. .
RINDU pada dia. .
Dia yang telah pergi sejak 6tahun yang lalu. .
Itulah diri ku. .
Yang naif, yang tak mengerti akan dunia, yang hanya ada Engkau, yang suci, yang mengharap. .
Aku rindu akan saat di mana aku merasa tak punya apa-apa selain dari Engkau. .
Ye. . Aku mulai meluntur dari diri itu. .
Saat ini segalanya semakin mencabar. .
Hati tak pernah jemu melakukan maksiat. .
Entah bila dan bagaimana untuk aku akhirkan semua ini. .
Ya Allah. . Aku tak mampu hidup bersendirian di dunia ini seperti mana diri aku 6 tahun yang lalu. .
Proses kematangan kah itu?
Yang menjadikan aku makin takut untuk semua ini. .
Allah. . Selamatkanlah iman ku, diri ku & maruah ku. .
Jika mati lebih baik untuk ku maka kau matikanlah aku daripada terus membuat kerosakan. . Jika hidup itu baik untuk ku, maka kau hidupkanlah aku untuk menyebarkan cinta Mu. .

Wednesday, 18 September 2013

If Only You. .

If only you know how deep my heart for you. .
If only you understand my feeling without my words. .
If only you. . ouh. . . my Lord. . Allah Allah Allah. .
You keep test me with this. . And I don't know why?
All I know is you don't test me if You know that I can't carry it. .
It should not be a burden for me. . Allah. .

Why me? Allah. . :')
Setiap Ujian yang Allah berikan pada aku, aku sering tertanya tanya kenapa aku ya Allah. .
Aku tak kuat. . Tapi, aku tahu bahawa Allah takkan uji aku kalau Allah tahu aku tak mampu. .
Allah tak uji aku dengan sakit, dengan peperangan, dengan kemiskinan dan lain lain sebab Allah tahu aku tak mampu. .
Dan kau fikir aku nak sangat hadapi ni semua? Tak tapi Allah yang pilih. .
Ingat aku nak sangat ke ramai lelaki yang datang dan pergi dalam hidup aku?
Aku tak nak la. .
Sekarang ni aku sangat sangat dah tak percaya kan sesiapa. .
Aku dah tak mahu berharap. .
Aku dah tak punya kekuatan. .
Aku dah tak punya keinginan. .
Ya Allah aku ingin menjalani kehidupan ini atas kehendak mu bukan atas keinginan ku lagi. .
Kerana aku tahu saat keinginan ku tak semestinya sama seperti kehendak mu. . :')

Lukisan Ku Tahap Cipan Darjah 2

Ha ha ha. . For my WAJ 3107 kami kena melukis cerita kanak-kanak tanpa dialog sebenarnya. .
So. . This is my hasil. . Ha ha ha. .







Cerita ni sebenarnya citer pasal seekor kucing yang menyangka dirinya adalah seekor tikus. .
Sebab, mula-mulanya dia lahir-lahir bukak mata dok ada dalam rumah si tikus. .
Dia pun tidur dengan tikus, makan dengan tikus, tolong tikus carik makan. . Dah macam adik beradik la. .
Satu hari tu ada manusia nampak dia masuk dalam lubang tikus dan berperangai seperti tikus iaitu berdecit tak mengiau. . Jadi manusia ni pun letak la susu kat depan rumah si tikus tu. .
Bila si kucing ni keluar, dia pun bau bau susu tu dan mula merasanya. . 
Lama-lama dia suka lah pulak. . Manusia tu pun nampak dan ambil dia. .
Dia tunjukkan si kucing ni kat depan cermin. .
Si kucing pun sedar sebenarnya dia seekor kucing bukan seekor tikus. .
Dia pun duduk dengan kucing kucing yang lain bersama. . Tamat. . He he he. .

Tuesday, 17 September 2013

Done with Photography. . :)

Banyak banyak semester rasanya aku paling paling suka semester ni. . aha. . :)
Sebab aku boleh melukis, mewarna ambik gambar and buat video sesuka suka hati aku tanpa ada halangan. . ha ha ha. .
So, aku nak share sikit gambar for my photography. . 
Aku ni bukan tahap amatur lagi. . Bawah lagi dari tu. . Pra amatur kot. . He he he. .

Extreme Close Up

Garisan

Tekstur

Panning

Foreground

No shadow

Shadow

Perspektif

Rules of third

No Frame

Frame

Monday, 16 September 2013

A Story Behind The Scene


Alhamdulillah. . Selesai jugak buat Video bagi EDU 3105. .
Walaupun sebenarnya video aku buat tu serupa video sampah je pun. . Ha ha ha. .
But. . There's a story behind the scene yang only the certain people will understand. . :)

Saturday, 24 August 2013

This is not the 1st time. . :')

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia


Tuesday, 20 August 2013

My New Baby and Our Memory. . :)

Samsung WB250F Smart Camera

Test Power. . He he he

Di SK Semeling. . Setting: Panorama

Di Tanjung Dawai. . Setting: Panorama

Takat tu je dulu okei. .
Lepas ni memang gambar je la bercerita. . Ha ha ha. . Okei. . :)

Tuesday, 13 August 2013

Kerana ku tahu ada Mu Tuhan. . :)


Najwa Latif my adik angkat. . :D

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Jom buat assigment. . :)
Musim membuat assigment sudah bermula & seperti biasa sindrom ketandusan idea aku makin menjadi-jadi. .
Love to write but don't know what to write. . :)

Moga awak sentiasa dijaga oleh-Nya. .:)

Berusaha untuk sesuatu yang BUKAN milik kita tu mustahil. . !

Thursday, 8 August 2013

Jeng. . jeng. . jeng. . ^_^


Taqabbalallahhu minna waminkum. . Selamat Hari Raya. .

Alhamadulillah. . Dapat juga bertemu Syawal. .
Selesai behari raya pertama. .
Saje nak share picture raya pertama. . :)

Singgah sebentar beraya di rumah makcik. . Mak Mah. .

Belum beraya lagi dah KO. . Huhu
Yaie & Nyai Kluang. . :')

Ibu Mithali. . He he he. .Awin
Umairah & Awin. .

:) Me & Umairah

Sunday, 4 August 2013

Himpunan Kalam Indah Milik Allah

Assalamualaik. . :)
Alhamdulillah wa syukrulillah Allah sentiasa memberikan ILHAM untuk aku berfikir dan memperbaiki diri. . 
Dan selalunya aku akan update apa ilham yang datang tu kat FB aku. . 
Tapi aku ni jenis suka sangat tengok status aku ulang ulang banyak kali. .
Bukan apa, kalau kita bagi nasihat sepatutnya kita yang lebih kena ingat apa yang kita tulis kan. . 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.-As Saff : Ayat  2-3
Jadi, inilah Himpunan Kalam Indah Milik Allah yang di ilhamkan dalam kepala otak aku. .
Alhamdulillah. . Jadilah orang yang sentiasa berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. . InsyaAllah. . :)

Orang MISKIN tak semestinya berpakaian compang-camping, berbaju lusuh, bertilam lengan. . Ada juga yang berpakaian mewah, berumah besar, berkatil empuk tetapi buta mata hatinya daripada mensyukuri nikmat Allah. . Itu MISKIN HATI namanya. . 
Apalah erti segala AMALAN yg kita lakukan pd RAMADHAN ini seandainya tidak membawa kepada KETERIKATAN hati kita pada pencipta. . 

Jagalah Allah di dalam hati. . jangan jadi syaitan yang bertopengkan bidadari dunia. . Mohon doa sahabat sahabat moga diperkuatkan iman. 

Kadang Allah tarik orang yang paling kita SAYANG sebab Dia nak kita tahu bahawa tak ada manusia yang lebih patut kita sayang daripada Nya. . Semua yang Allah aturkan ada hikmah yang tak terjangka oleh kita. . Maka, berbaik sangkalah. .

Pintu KEBAIKAN yang terbuka jangan biar dipandang SEPI. . Mungkin itu pintu kebaikan TERAKHIR buat kita sebelum di jemput Ilahi. .

Pertolongan Allah ada di mana-mana. . dan manusia sebagai pengantara. .

Yang paling kita sayangi tak semestinya yang terbaik untuk kita. . Berlapang dada lah menerima ketentuanNya. . 

Kekuatan fizikal dibina melalui latihan senaman. . Kekuatan rohani pula dibina melalui latihan amalan. . 
 Kekuatan tidak dibina dalam waktu sehari. . Tetapi ia mampu runtuh dlm sesaat. . Jagalah hati. . Luka yg lama usah dibiarkn bdarah kembali. . :') 
Jangan malu pakai pakaian Islam, pakaian yg menutup aurat. . Yg tak tutup aurat sepatutnya malu. . 


Malu sebahagian daripada iman tapi kalau boleh biarlah kena pd tempatnya. . *_^


Kita sibuk RINDU pada yg tak halal buat kita tanpa kita sedar Allah lagi RINDU kita bermunajat padaNya. . :')
Sebarkanlah kebaikan wlaupun pada orang yang melontarkan hinaan kepada kita. . Moga dgn kebaikan kita itu dapat melembutkan hatinya. .
Umat Islam di dunia luar sedang sibuk berjihad hingga syahid mempertahankan Islam. . Mereka berjuang dgn nyawa, darah dan air mata mereka tapi kita di sini berperang dgn nafsu sendiri shj dah menyerah kalah sebelum mula langkah pertama. . :')
Benarlah SAKIT itu jalan pengenalan kepada pencipta. . Allah mengetahui setiap rahsia pada setiap kesakitan tidak kira sakit batin mahupun lahiriah. . HasbunAllah wa ni' mal wakil. .
>Kesakitan yg menDEKATkan aku kepada mu itu lebih aku CINTAi daripada kesenangan yg meLALAIkan. . 
Kematian dtg tiba tiba dan tak terjangka. . Bersediakah anda. . 
Al-fatihah buat abg sepupu yg baru meninggalkn kami pagi tadi. . Semoga rohnya dicucuri rahmat. . Amin
Tak kesah la tua ke muda ke kalau dah tiba masa utk pergi kita kan pergi jua. . Tertanya pd diri. . Nak buat dosa lg ke, sempat ke nak taubat sblm mati. . Nak buat dosa pd orang lg ke, sempat ke nak minta maaf sblm mati. . Kejapnya dunia. . Allahuakhbar. . 
Sesungguhnya berita kematian itu adlh pngajaran bg yg masih HIDUP. .
RAMADHAN
Madrasah Ilmu, Madrasah Amal, Madrasah Dapur @ Madrasah Tido?
Nah, terserah untuk memilih. . Hidup anda tanggungjawab anda. . 
 KEBAIKAN yg sebenar bukanlah di saat org lain membuat kebaikan kpd mu dan kamu membalasnya dengan kebaikan juga. . Tetapi adalah di saat dia memberi mu KEJAHATAN tetapi kamu membalasnya dengan kebaikan..
Cerita Kita: 
Sebelum Elaun
- Tiap2 hari mari surau doa "Ya Allah cepatlah masuk elaun. ." 1000x


Selepas Elaun
- Hari ni KL, esok Genting, lusa Bukit Tinggi, Bazar Ramadhan. . Bla bla bla. . Surau? esok esok esok la. . 


*Janganlah REZEKI yang Allah kurniakan kepada kamu itu menjadikan kamu lebih KUFUR daripada BERSYUKUR. . 
Usah bicara tentang Human's Right, dunia ini milik Allah. . Semuanya adalah Allah's Right. . 

Sayangnye. . . Beli tudung raya mahal-mahal tapi percuma DOSA. . 
> Pakai tudung cantik tapi lagi cantik jika mengikut syariat. . 

Kegembiraan & Kesedihan silih berganti dalam kehidupan kita. . Tetapi seringkali kita melihat KEKURANGAN melebihi KELEBIHAN yang pernah hadir dalam hidup ini. . Tanyalah pada diri, di mana SYUKUR kita? :')

Segala-galanya memerlukan duit tapi INGAT!!! DUIT bukanlah segala-galanya. . Jangan jadi hamba pada duit. . Rezeki Allah yang beri. . Bukan kerana USAHA kita sahaja yang mendatangkan rezeki. . 
> ada orang duit banyak tapi xpernah rasa cukup. . sebab apa? tak berkat. . 

Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Kadang Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana PERGANTUNGAN hidup kita pada Allah. . KEPERCAYAAN kita pada JANJI-janji Allah. . Tidaklah dengan mudah kita dikatakan beriman selagi mana kita tidak di uji. . 
> Natijah milik Allah, yang kita punya hanyalah USAHA. .  - Yakin akan janji-janjinya. .
> Orang Islam pada masa kini bkn tidak PERCAYA pd Allah ttp kurang yakin dengan Allah. . - Syeikh Rohimudin :')

Berjodoh dgn manusia tu mungkin ada tetapi berjodoh dgn kematian tu pasti. . tak perlu bertanya-tanya siapa dan bila. . tetapi tanyalah bersediakah kah kita untuk kembali bertemu Allah kekasih Utama kita? 
> muhasabah cinta ku. . :')

Kalau kita buat sesuatu kebaikan tu niat IKHLAS kerana Allah, tak kesah lah orang nak PUJI ke nak KEJI kita tak kan rasa pape. . Tapi kalau dipuji membangga diri, dikeji merajuk hati, check la balik hati mungkin ada niat yg tidak ikhlas disertakan sekali. . 
Sekadar ni jelah perkongsian saya. . Buat la kebaikan walaupun dengan hanya menulis status di FB. . Kerana kita tak tahu amalan kita yang mana satu Allah ambil kira kan. . :) WaAllahualam. .

Hikmah Yang Tersingkap. . :)

Cinta itu bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…Tak perlu bersedih lama.. Cinta itu milik ALLaH.. Hari ini ALLaH tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya.
Sebab, mungkin esok atau lusa ALLaH akan campakkan rasa cinta yang lebih indah dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu..
Jika ditakdirkan perpisahan itu telah tertulis buat kamu, berpeganglah pada Rukun Iman dan bersangka baiklah terhadap ALLaH.. Walau dalam tangisan masih mampu memberikan senyuman dan serahkan takdirmu dalam pasrah..-Pakar Diari Hati
Hikmah itu dapat diumpakan seperti mutiara yang tersimpan indah di dalam lautan yang sangat dalam. .
Hanya dengan kesungguhan penyelam lah mutiara itu dapat ditemui. .
Semakin lama mutiara itu tersimpan di dalam tiram, semakin MAHAL lah nilai mutiara tersebut. .
SubhanAllah, Alhamdulillah wa syukrulillah. .
Aku telah menemui HIKMAH itu ya Allah. .

Selamat Hari Raya. . :)


Berbuka Puasa bersama rakan sekelas. . :)

Monday, 8 July 2013

Sakit itu Penghapus DOSA

Setelah sekian lama aku memperkuatkan diri aku untuk berhadapan dengan kau dan aku fikir aku benar benar telah kuat dan kembali pulih. .
Aku silap. . Aku kembali rebah dan tersungkur. . Bagaimana untuk aku kembali bangkit dan berdiri dengan tabah? Allah. . Ujian mu ini tak mampu untuk ku bertahan lagi. .
Aku pohon kekuatan dari mu Allah. . :'(
Walau sedalam mana aku mencintainya. . Tolonglah Kau hapus kan sebaris namanya dari ruang hati ku ini. .


Sesungguhnya, apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat untuk :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3.Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka itu kepada hambaNya.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.
Subhanallah, betapa Maha Mulia dan Maha Penyanyangnya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Sumber

Saturday, 22 June 2013

Usah Kembali



Sharnaaz Ahmad


“Apa yang saya belajar ialah kalau seseorang itu bukan jodoh kita, apa-apa perkara pun yang kita rancang dan buat, tidak akan menjadi,” - Sharnaaz Ahmad

Hai. . Hai. . Disebabkan aku ni agak Kiah Propa sket aku agak la mangikuti perkembangan gosip gosip retis ni kan. . He he he. .
Semua tahu (rasenye) kisah cinta Sharnaaz dan Shila yang tak kesampaian ni kan. .
Dan aku adalah orang yang sangat mengikuti perkembangan semasa life diorang. . Ha ha ha. .
Sejak azali lagi bakat Kiah Propa ni dah wujud dalam diri susah plak nak kikis. . ish ish. .
Sebenarnya aku nak ulas ayat yang Sharnaaz cakap tu je.  . Kalau tak ada jodoh, apa pun kita buat tak akan jadi pape. .

Hari ni 22 Jun 2013 telah termetrainya ikatan perkahwinan sahabat aku yang aku pernah cite dulu dalam Orang Baru VS Orang Lama . .
Seriously cakap bf lama dia tu memang hensem, kaya, baik, warak pulak tu. . Tapi tu lah. . Tak ada jodoh kan. . Btw husband dia sekarang lagi hensem. . retis kan. . he3
Allah susun molek dah blake. . Jangan risau k. .

Rentetan dari 2 kes dalam post Orang Baru VS Orang Lama tu jugak aku dapat pengajaran. .
Sahabat aku tu tersepit. . Walau pun dia sayang sangat kat Mr. S tapi Mr. I dah bagitau family dia cepat cepat untuk contact keluarga perempuan. . So antara dua kes tadi satu  Orang Baru menang dan lagi satu mungkin Orang Lama menang. .
Aku tak tau nak belah yang mana. . Btw Mr. S tu memang sangat baik orangnya. . I adored him a lot. . Kalau bukan sebab aku ni tak layak dah masuk dalam list dan bukan dia orang yang GF aku suka, aku dah cop awal awal. . Ha ha ha. . Tak la. . I know who I am. . :)
Dan ayat yang GF aku bagitau aku apa Mr. S kata pada dia sangat beri kesan pada aku. . Isk isk. .
Kalau kita cintakan seseorang kerana Allah, kita akan TERIMA siapa sahaja yang Allah utus untuk kita. . Kalau kita cintakan seseorang kerana nafsu, kita akan MEMBERONTAK. .
 Orang hebat. . Kalam katanya pun hebatkan. . :)

*Kadang bila kita adukan pada Allah masalah kita Allah tak mudah mudah bagi kita selesai masalah. . Tapi Allah hadirkan orang orang yang ada banyak lagi masalah dari kita supaya kita ambil ibrah daripadanya. . ^_^