Dalam hidup kita, benarkah apa yang kita lalui pada hari ini semua berdasarkan pada pilihan kita?
Ada ketika kita mahu manis, pahit yang kita dapat. . Kita mahu biru, hijau yang kita peroleh. .
Nah, jarang kan apa yang kita inginkan kita peroleh?
Maka, adakah kerana hal-hal tersebut menjadi diri kamu mati pada hari ini?
Tidak. . Walhal kamu masih hidup dalam keadaan terbaik akan diri kamu. .
Hidup ini bukan atas pilihan kita. .
Rezeki kita, sahabat-sahabat kita. . Adakah kita memilih untuk bertemu dengan mereka?
Memilih untuk mengetahui tentang mereka?
Memilih untuk bersama mereka dalam menyelusuri jalan dakwah?
Nah. . apakah layak untuk kita mengatakan bahawa. .
Ahh. . celakalah diri ku berkawan dengan dia ni. .
Dialah sebab aku menjadi begini dan begitu. .
Jika mahu menyalah takdir, bukankah kita sebenarnya menyalahkan ALLAH??
Ya Allah, jangan biarkan aku memilih. . Kerana pilihan ku bukanlah yang terbaik untuk diri ku. . Jika kau izinkan diri ini untuk memilih. . Jadikan lah pilihan ku itu sama seperti pilihan Mu. .Percayakah anda, kekecewaan dalam hidup adalah berpunca daripada sikap bahawa kita berhak memilih yang terbaik untuk diri kita?
Benar, kita lebih tahu akan diri kita berbanding orang lain. .
Tapi, Allah kan Maha Mengetahui akan segalanya. .
Apabila kita fikir bahawa apa yang berlaku dalam hidup ini adalah atas pilihan kita, maka jika baik yang berlaku kita akan menyanjung diri kita. .
Jika buruk pula yang berlaku kita akan menyalahkan diri kita hingga kecewa dan mungkin membunuh diri pula. .
Tanpa kita menyedari bahawa setiap yang baik @ buruk SEMUAnya berlaku atas IZIN ALLAH. .
WaAllahu'alam. .
No comments:
Post a Comment