Sunday, 29 December 2013

Penilaian Manusia vs Penilaian Allah

Fokus tajuk pada kali ini purdah. .
Tak tahu apa tu purdah?
Pandai pandai lah cari sendiri. . He he he. .
Saya tak tahu apa pandangan manusia pada saya apabila saya memakai purdah. .
Dan saya tidak memikirkan apa pandangan manusia pun masa mengambil keputusan untuk berpurdah di khalayak ramai. .
Tapi yang saya tahu saya sudah beli purdah setahun sebelum betul-betul memakainya di khalayak. .
Sebelum ini pun saya pernah disarankan oleh sahabat-sahabat saya baik lelaki mahupun wanita untuk berpurdah. . 
Saya tak tahu atas alasan apa mereka itu menasihati saya tapi saya pasti bahawa setiap perkara yang berlaku merupakan petunjuk daripada Allah tidak kira ianya adalah satu hinaan ataupun pujian daripada manusia. .

Pada mulanya sahabat baik saya menasihati saya untuk berpurdah. . Kami jarang berjumpa tapi ada sekali tu dia jumpa saya dan nasihatkan saya agar berpurdah. . Mula mula saya senyum aje. . Dia beri saya nombor akak yang menjual purdah. . Saya simpan dan langsung tak buat apa-apa. .Dan tak lama lepas tu saya ada beli purdah tapi belum sedia lagi nak pakai. . Sebab saya rasa tak layak. . Lagipun masa tu masih berjinak-jinak dengan tudung labuh. .

Kemudian ada sahabat lelaki saya menyampaikan pesan pada saya lewat 'sms'. . Dia kata dia dan beberapa sahabat lelaki sarankan saya untuk memakai purdah. . Saya tanya kenapa dia tak jawab. . Masa tu saya bengang betul. . Saya kata dalam hati siapa mereka nak tentukan apa yang aku nak pakai. . Ikut suka aku lah. . Bukan wajib pun. . Geram betul aku bila lelaki tengok aku dan bagi penilaian kat aku pastu nasihat kat aku macam macam. . Mula-mula la. . Tapi bila fikir punya fikir. . Lelaki menegur tanda mereka prihatin. . Tanda mereka peduli. . Saya sangat faham lelaki sebab saya ada abang abang lelaki dan adik lelaki. . Jadi saya tahu apa yang mereka suka lihat pada wanita. . Tapi kat saya tak tengok apa lah. . Aku bukan cantik pun. . Ha ha ha. .

Lama sangat lepas tu saya tak fikir nak berpurdah sebab saya takut apa pandangan manusia pada saya. . Macamana lah nanti kawan-kawan dengan aku. . Nak istiqamah bertudung labuh pun sukar. . Ada masa rasa tak layak. . Tapi paksa juga hati. . Masa mula-mula pakai tudung labuh dulu pun bukan sebab apa. . Pakai jubah kawan tapi tak ada tudung masa tu ada kem. . Jadi fasilitator untuk budak budak sekolah menengah. . Kat situ semua fasilitator pakai tudung labuh. . Bila saat sarung tudung tu rasa ya Allah. . Rasa suka rasa selamat sangat rasa tenang. . Tak tahulah nak gambar macamana. . Alhamdulillah balik daripada kem sampai sekarang insyAllah masih istiqamah. . Tapi yalah kadang kadang Allah uji jugak lah kita. . Tak kanlah senang senang nak dikatakan beriman selagi kita tak diuji kan. .

Saya ni jenis orang belajar peringkat peringkat. . Memang sebelum saya masuk IPG pun dah pakai stokin tu pun sebab ada kawan lelaki saya nasihat. . Dia belikan saya stokin. . Saya pun kadang kadang pakai kadang  tak. . Sebab jahil sangat kan. . Tapi nak cerita zaman saya sekolah menengah dulu lagi jahil. . Pakai tudung pun tingkatan 3 baru pakai kalau nak pergi kedai. . Sebab saya datang haid lambat. . Tingkatan 3 baru jadi anak dara. . Sebelum tu belum mumayyiz agaknya tak dapat beza baik buruk. . Ha ha ha. .Tu pun kadang kadang pakai kadang kadang tak. . Kat luar rumah memang tak pakai lah. . Nak cakap pun malu lah. . Selalu sangat lelaki dok lalu lalang tiap tiap hari lalu depan rumah nak tengok aku. . Punya teruk dulu. . Sampai ada pakai baju ketat kat luar pun ada. . Ikut sangat fesyen konon. . Kena tegur dengan sepupu lelaki, arwah dah sekarang. . Tak boleh terima. . Kata dalam hati lah tak suka tak yah tengok. . Gatal! Ha ha ha. . 

Tapi itu semua cerita dulu. . Alhamdulillah daripada pemakaian tu banyaklah berubah. . Tapi tadi kita nak cerita pasal purdah kan? Lupa pulak. . He he he. . Saya bukanlah ustaz atau ustazah tapi saya adalah buat pembacaan tentang purdah sebelum saya betul betul nak berpurdah. . Saya berpegang bahawa ianya adalah sunnah. . Nak pakai dapat pahala, tak nak pakai tak apa. . Ye kan? Kalau salah mohon betulkan. . Saya suka pakai purdah kalau pergi majlis majlis ilmu ke pergi jalan jalan ke. . Senang cerita kalau jumpa dengan orang yang saya tak kenal lah. . Ada orang kata yang saya baca lah pakaian ni senjata bagi wanita. . Dan saya rasa sangat selamat apabila memakainya. . 

Bukan nak kata perempuan yang pakai tudung labuh sahaja atau bertudung saji atau bertudung apa apa lah tak selamat tapi saya pernah mengalami satu peristiwa di mana waktu tu saya keluar makan dengan kawan kawan. . Dan ketika itu saya sudah pun bertudung labuh. . Ada sekumpulan lelaki yang makan tak jauh daripada meja kami. . Adalah seorang mamat tu pandang aku macam nak makan orang. . Bukan aku nak perasan cun ke apa orang lelaki padang pandang aku. . Tapi kalau dah dari mula aku makan kat situ dok tenung aku apa hal kau! (emo sikit) Saya perasan dia pandang saya sebab hanya kawan saya dan saya yang makan menghadap dia. . Bila kawan saya bangun daripada meja pun dia masih nak pandang saya. . Sahlah dia tengok aku! Tak kanlah tengok nasi dalam pinggan aku. . Sah gila kalau macam tu. . Jadi saya pun rasa masih tak selamat walaupun sudah memakai tudung labuh. . 

Itu antara cerita nya lah. . Lagi satu sebab yang menguatkan aku untuk berpurdah adalah lebih untuk menjaga hati aku. . Bukan nak kata bila kita semakin syadid dalam pemakaian hati kita lebih terjaga. . Kalau macam tu pakai baju eskimo lah. . Tutup habis. . Tak pun pakai kotak time berjalan. . Baru orang tak nampak. . Nak beza manusia dengan sampah pun tak dapat. . Hu hu hu. . Aku ni jenis senang didekati. . Baik kawan lelaki mahupun wanita. . Jadi memang selalu lah kalau ada kem ke ada program ke selalu memang aku akan ada kenalan baru. . Kenalan wanita tak pelah tapi yang tak tahannya kalau lelaki lah. . Aha! aku ni kan manusia. . Banyak pulak buat khilaf. . Nak jaga hati ni memang payah lah. . Tak kiralah time aku dulu bertudung kejap kejap atau time aku dah bertudung labuh pun memang selalu ada kawan baru lelaki yang aku kenal daripada mana mana program lah kem lah ceramah lah. . Jadi tu lah. . Lelaki ni tertarik pada wanita dan wanita pun akan tertarik pada lelaki yang tertarik pada mereka. . Nampak tak permainan dia? Ha ha ha. . Jadi aku nak jaga hati aku daripada dikenali oleh lelaki lelaki yang tidak aku kenali dan tidak mahu aku kenali. . Kalau boleh aku memang tak nak ada lelaki yang dok contact contact nak kenal apa lah. . Wei! aku pun ada nafsu jugak tau. . Kau ada 1, aku ada 9. . Susah nak jaga weh. . Hu hu hu. .

Lagi satu aku sangat tak suka kalau orang kata purdah ni untuk orang cantik je. . Orang hodoh macam aku tak layak nak pakai. . Lagi bengang kalau dia buat penilaian yang orang yang bertudung labuh simple pun lebih cantik daripada orang yang berpurdah. . Malaslah aku nak bersangka yang buruk tapi aku agak kecewa jugak lah dengan pandangan dia tu. . Tak semestinya orang berpurdah sebab dia cantik. . Macam aku, aku berpurdah sebab nak cantik. . Ha ha ha. . Dah kata kan tadi nafsu aku ada 9. . Semua perempuan nak cantik. . Tak tipu. . Naluri tu kau tak boleh nak lari. . Tapi nak cantik macamana, untuk siapa, bagaimana kita mengekspresikan kecantikan kita juga berbeza. . Aku fikir daripada aku bermekap tebal, berhabis duit untuk mekap mekap yang tak kekal di muka mengapa tidak aku berpurdah yang kosnya kadang hanya semurah rm5. . Boleh pakai banyak kali. . daripada mekap tebal menipu yang membazir tu. . 
Macam sebelum ni aku kata purdah ni sunah. . Sama jugak macam pemakaian kopiah, serban, jubah and what ever lah. . Adakah anda memakainya sebab anda rasa anda hensem? Tak kan? Ianya adalah pakaian sunah sama seperti purdah. . Bukan sentiasa kita pakai kopiah ke mana mana kan? Bukan kita, kamu lah. . Kalau selesa kamu pakai, kalau kurang sesuai kamu tak pakai. . Kan?

Dan lagi satu aku ni jenis tak boleh bau rokok. . Dan aku berdoa sangat sangat suami aku nanti bukanlah seorang perokok. . Daripada dulu sebenarnya kalau bau asap rokok aku rasa pening sangat sangat dan rasa mual macam nak muntah. . Bukan bau rokok je. . Bau asap kenderaan, bau yang kurang menyenangkan juga boleh membawa aku kepada simptom yang sama. . Kalau tutup mulut guna tangan karang orang kecil hati tapi kalau tak aku yang pengsan nanti. . Dulu kalau balik kat stesen bas Larkin tu aku rasa nak menyumpah nyumpah orang yang merokok. . Sebab dalam banyak banyak sakit, sakit perut ke sakit otot ke aku paling tak suka sakit kepala. . Ianya bukan hanya melemahkan otak tapi satu badan aku lemah, tak tahan, tak boleh buat apa dah. . Dan aku ni alah pada habuk. . Bukan kuih habuk habuk tapi dust dalam bahasa omputih. . Persekitaran kita ni kan tak sihat. . Lagilah KL, JB. . Udara sangat tak sihat. . Kalau habuk banyak sangat mulalah tekak aku gatal lepas tu susah nak bernafas. . Kalau banyak sangat habuk boleh jadi seminggu aku demam selesema, sakit tekak. . Sebab badan nak keluarkan balik segala habuk yang masuk tu. .Tapi sekarang alhamdulillah bila mula berpurdah perkara tu dapat dikurangkan. . dan aku pun lebih bahagia. .

Banyak sebenarnya nak diceritakan tentang pengalaman aku berpurdah. . Cerita cerita lepas berpurdah jauh lebih indah pada aku. . Tapi biasalah ada putih, pastinya ada hitam. . Kan Allah menciptakan sesuatu di muka bumi ini berpasang-pasangan. . Aku je tak ada pasangan lagi. . Ok, tu cerita lain. . Ha ha ha. . Apa apa pun berpurdah lah dan berpakaian sunah lah kamu kerana Allah. . Buat lah semua perkara niat kerana Allah. . Sepertimana aku berpurdah bukan kerana manusia, aku juga tidak akan pernah meninggalkan purdah kerana manusia. . InsyAllah semuanya atas kehendak hati ini yang moga hati ini disirami dengan hidayah daripada Allah. . Moga Allah tetap redha. . Amin. . :)

Mereka yang berpurdah tapi masih mahu bertabarruj dalam pemakaian purdah mereka, moga moga diberikan hidayah oleh Allah. . Moga diri ini tidak mengikuti jejak langkah kalian. . Biarlah orang berkata purdah ku murah, tidak ada fesyen. . Kerana itu memang bukan niat ku menjadikan purdah sebagai aksesori fesyen ku. .

No comments:

Post a Comment