Sungguh kisahnya itu membuat hati ku seolah-olah hidup kembali setelah sekian lama mati dek dosa yang hitam. .
Dan aku berfikir bagaimana harus aku mencontohinya, mengambil ikhtibar daripada kisahnya. .
Setiap petunjuk dan hidayah, gerak hati yang Allah ilhamkan dalam hati kita jika tidak kita fikirkan apa yang perlu dibuat, tindakan susulan daripada hidayah itu tidak akan membawa apa apa perubahan dalam hidup kita. .
Dan aku takut seandainya aku lari daripada hidayah, gerak hati yang baik yang Allah ilhamkan kepada ku, aku TAKUT Allah tidak akan memberikannya lagi. .
Aku takut Allah tutup rapat hati aku untuk terima hidayah. . Nauzubillah. .
Di saat aku menyelusuri kisah Ammar, aku sedar dia dilahirkan daripada dua insan yang hebat. .
Ayah yang hebat, ibu yang hebat, keluarga yang hebat. .
Sedangkan aku tidak mempunyai kelayakan seperti itu. .
Bagaimana aku hendak mengimpikan seorang 'Ammar' lahir daripada rahim ku. .
Sedangkan aku juga tidak tahu takdir hidup ku adakah aku akan berkahwin di dunia ini atau diberikan rezeki seorang anak. .
Anak yang hebat lahir daripada ibu bapa yang hebat. .Suka aku mendengarkan kisah ayah kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani tentang seorang pemuda yang meminta dihalalkan sebiji epal yang dimakannya. .
Kisah ini sangat mahsyur dan rasanya semua orang tahu. .
Bagaimana Allah melahirkan seorang Wali Allah itu daripada dua benih yang baik. .
Aku melihatkan diri ku yang serba kekurangan ini. .
Ya Allah, mana mungkin seorang yang hebat itu adalah daripada keturunan ku. . dan aku menangis. .
Mana mungkin aku dapat melahirkan mujahid & mujahidah soleh & solehah untuk agama Mu. .
Aku ini tidak punya apa apa. . :'(
Dan kemudian aku berfikir, jika ayah Ammar menyediakan blueprint dalam mendidik anaknya itu sehinggalah beliau menjadi syahid. .
Mengapa tidak aku merancang blueprint untuk perancangan masa depan ku. .
Jika aku tidak mampu melahirkan seorang mujahidah mengapa tidak diri aku sahaja yang aku infakkan untuk Islam?
Mengapa tidak aku berjuang untuk Islam?
Benar kata Jalaluddin Rumi bahawa kematian itu adalah permulaan bagi kehidupan yang abadi. .
Allah mematikan jasad Ammar, tetapi Allah menghidupkan hati hatinya di dalam hati masyarakat
Allah juga telah telah mematikan hati ku. . dan kini Allah menghidupkan kembali hati ku dengan semangat yang baru Insya Allah. .
Kita harus matikan dunia dalam hati sebelum matinya jasad daripada dunia ini agar kita dapat hidup di dunia dengan pandangan akhirat. .
Aku teringat akan nasihat Syeikh Rohimuddin. . Beliau pernah berpesan bahawa:
Dunia ini gelap, akhirat itu terang. . Maka kita perlukan ilmu akhirat untuk menerangi jalan hidup di dunia ini. .Carilah ilmu, rancang blueprint untuk diri sendiri. . Jika tidak banyak yang kau mampu buat apa yang termampu. .
Aku teringat kata kata kak usrah ku. .
Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. . :)Semester yang mendatang aku tahu akan banyak sangat dugaan ujian. .
Masa amatlah singkat. . Cubalah untuk bahagi dengan sebaiknya. .
Allah yang memberikan aku masa, layakkah aku beralasan dengan Allah?
Before you change other, change yourself first. . |
Aku bukan seorang yang baik, tetapi sedang usaha ke arah kebaikan itu. . |
No comments:
Post a Comment