Monday, 30 December 2013

GPTD: Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..(Bhg. 3) - Abah & Emak Ammar



Kisah Ammar sudah agak lama juga. . Tapi baru aku nak ambil tahu. .
Mula mula jujur aku malas nak ambil kisah pun siapakah gerangan yang memiliki nama itu. .
Hanya anak muda yang lebih kurang sebaya aku. .
Tapi di saat mendengarkan kisahnya, ya Allah rasa kerdil diri ini kerana terlalu jauh ilmunya, sumbangannya, pengalamannya terhadap dunia berbanding diri ku. .
Video GPTD kisah Ammar bahagian 1 dibicarakan oleh Ustaz Hasrizal. .
Ustaz yang telah lama menjadi kekaguman aku sejak di bangku sekolah lagi. .
Ammar ini adalah seorang yang menjadi inspirasi dan harapan bagi semua orang. .
Mendengarkan pula apa yang diperkatakan oleh bapanya aku rasa sangat terinspirasi bagaimana dia mendidik anaknya itu. .
Boleh di ambil sebagai panduan kelak. .

Aku mempunyai impian untuk menjadi seorang ibu semenjak aku di sekolah rendah lagi. .
Lucu bila aku teringatkan kisah ini. .
Di saat itu aku menulis di sebuah buku yang ku panggil diari kehidupan. .
Aku ditakdirkan lahir dalam keluarga yang tidak dididik dengan kasih sayang. .
Aku tidak tahu menuturkan kata cinta, kata kata kasih sayang, kata kata penghargaan kepada orang sekeliling ku. .
Tapi di saat itu aku mempunyai impian untuk mempunyai seorang anak dan mendidik mereka dengan kasih sayang seorang ibu tidak seperti mana ibu bapa ku mendidik ku. .
Manusia tidak sempurna. . Pasti ada kekurangannya dan aku tidak pernah akan sekalipun menyesali akan takdir ini. .
Sekurang kurangnya mereka masih membesarkan aku dengan rasa kasihan dan belas. .

Bayangkan di saat aku masih tidak faham akan perhubungan lelaki dan wanita pun aku sudah mempunyai impian seorang ibu. .
Ya Allah, betapa besarnya impian ku itu yang pernah Kau ilhamkan sedari aku kecil. .
Andai kata takdir itu tidak akan pernah berlaku, aku PASTI itu bukanlah yang terbaik untuk ku. .
Mungkin sahaja benih ku ini tidak mampu untuk melahirkan mujahid dan mujahidah soleh dan solehah yang akan berjuang atas jalan Mu. .
Jika takdir ini benar berlaku, jangan pula kau lahirkan manusia daripada benih ku ini manusia yang menderhakai Mu dan agama Mu. .

Aku YAKIN dan PASTI Allah akan memberikan yang terbaik untuk diri ini. . Bukan apa yang ku pinta dan impikan tetapi apa yang aku perlukan kerana Allah Maha Mengetahui sedang aku tidak tahu sama sekali. .

Jika kau takdirkan ada kehidupan dalam rahim ku ini kau jadikanlah mereka mujahid dan mujahidah yang berjuang untuk Mu. . You're for ISLAM my child. .

No comments:

Post a Comment