Tahu kenapa aku namakan blog ini 'Inilah Aku'. .
Link blog ni nurulhusnaituaku.blogspot.com?
'Aku' adalah kata ganti nama diri yang aku selalu gunakan sejak daripada aku kecil lagi. .
Aku tak biasa guna nama 'saya' 'ana'. . itu memang bukan aku la. . Ha ha ha. .
Aku teringat kata kata seorang senior yang aku panggil ustaz sahaja. .
Aku sangat respect ustaz tu. . Setakat ni tak ada lagi senior pengajian Islam yang dapat sentuh aku dengan kata kata dia macam ustaz tu. .
Banyak percakapan dia, ceramah dia yang terkesan dalam hati aku. .
Walaupun pada mulanya sumpah aku tak faham bila dia cakap Kedah. . Laju pulak tu. .
Tapi bila dah lama lama. . Allah buka hati untuk faham. .
Benarlah bahasa apa pun yang diucapkan tapi diluahkan oleh hati akan tersentuh oleh hati. .
Jauh ke laut dah perbincangan kita ni. . Ha ha ha. . Marilah kita kembali ke pangkal jalan. . :P
Ustaz tu pernah cakap 'saya bersyukur sebab masih mampu untuk membahasakan diri sebagai saya. .'
Tak faham kan? Ha ha ha. .
Dia kata lagi ulama' ulama' hebat yang mengarang buku buku dan kitab kitab akan membahasakan diri mereka sebagai al-faqir. . Iaitu yang tidak memiliki apa apa untuk mengelakkan rasa riya', bangga diri dan sebagainya. .
Alim itu bukan pada perkataan 'ana' 'enta'. .
Nak cakap Islamik, untuk jadi seorang Islam tidak lah perlu sampai kita mengubah kebiasaan diri kita. .
Kalau dengan bercakap menggunakan bahasa Arab itu mampu untuk meningkat iman kita, nah! Belajar bahasa Arab je lah. . Ilmu Tauhid, Fiqh semua tak perlu sentuh. .
Saya faham ianya merupakan advance pada mereka yang pandai berbahasa Arab untuk lebih memahami tentang ajaran Islam. . Itu merupakan nikmat yang patut anda syukuri. .
Tetapi ada sesetengah daripada kita mempunyai anggapan nak islamik itu perlu ana, enta. .
Memang tidak patut. .
Dan saya merasakan tak perlu nak rasa malu kalau kita dah biasa guna 'aku' 'kau', 'ambe' 'deme', 'chek' 'hang' untuk gunakan dalam perbualan kita dengan sahabat sahabat apabila membicarakan tentang perbahasan ilmu. .
Sebenarnya saya rasa kebiasaan itu akan menjadikan kita lebih akrab, lebih mesra. .
Aku biasanya kalau nak berborak ikut keselesaan dengan siapa aku nak bercakap lah. .
Kalau dia biasa guna 'aku' 'kau', aku guna 'aku' 'kau' lah. .
Kalau dia guna 'saya' 'awak' aku guna 'saya' 'awak'. .
Mudah kan. .
Lebih mudah, lebih mesra, lebih rapat. .
Tapi aku tak ada lah nak berburuk sangka pada mereka yang menggunakan perkataan 'ana'. .
Mungkin sebab dia dah biasa guna 'ana' itu sebagai bahasa harian dia. .
Tapi bagi kita yang tak selalu guna yang bahasa Arab pun kelam kelibut aku rasa tak perlu kot untuk berubah menjadi seseorang yang berbeza hanya untuk menunjukkan aku lebih Islamik, lebih alim. . Itu sangat tidak wajar. .
Jadilah diri sendiri. . :)