Sunday, 3 November 2013

keCANTIKan itu SUBJEKTIF atau OBJEKTIF

Hurm. . Kata orang, kecantikan tu subjektif. . Sebenarnya serius bila orang sebut macam tu aku akan bayangkan kertas soalan subjektif. . Ha ha ha

So, jawapan aku terpulanglah kepada si pembuat soalan nak subjektif ke objektif. . Ha ha ha
Kecantikan itu akan jadi objektif apabila kita mengehadkan istilah CANTIK tersebut kepada beberapa kriteria. . Berbeza dengan subjektif, walaupun mempunyai skema pemarkahannya, segala isi yang sesuai boleh diterima. . Lantas ia bergantung kepada mata yang melihat dan yang menilai. . 
Entah siapa dalam dunia ini yang mengklasifikasikan cantik itu sebagai orang yang berkulit putih, berbadan langsing, berambut lurus, berbibir mungil dll lagi. .

Cantik itu . . Entahlah. . Sumpah aku tak tahu. . Ha ha ha. .

Pada diri aku sendiri, setiap orang mempunyai kecantikan yang berbeza, sudut pandang yang berbeza. .
Bukan nak koya cantik tapi aku sentiasa merasakan diri ku cantik kerana inilah anugerah daripada Allah. .
Ada orang di anugerahkan dengan susuk tubuh rendah, maka dia mengagumi mereka yang tinggi. .
Ada orang di anugerahkan dengan pipi yang tembam maka dia menginginkan wajah yang cekung. .
Ada orang begitu dan begini. . Allah, mana letaknya syukur kita?

Menginginkan cantik itu tidak salah sedangkan Allah itu cantik dan menyukai kecantikan. .
Yang salah itu apabila kita tidak menghargai anugerah kecantikan yang telah Allah kurniakan kepada diri ini. .

Sudah ada mata untuk melihat, ada hidung untuk menghidu, ada tangan untuk mencapai, ada kaki untuk melangkah. . . Nah, nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan? Tak cukup cantik lagi dengan segala kesempurnaan deria itu?

Dan cantik yang UTAMA itu adalah kesempurnaan Akhlak dan peribadi. . :)
Moga kamu menjadi MUSLIMAH yang sejati. . :)

EXAM Dunia Vs Akhirat

Kalau exam dunia boleh la nak "psst. . . psst. . . Orang sebelah, jawapan ape hah. . ?"

"Esok exam  paper EDU kau ada soalan spot tak?"

Kalau exam akhirat, kawan kawan sahabat handai anak isteri saudara mara siap hantar kita ke liang lahad nak g menghadap exam Munkar Nakir. .

Tak cukup dengan tu, tok imam siap tolong bagi soalan spot beserta jawapan lagi. . (talqin)

Malangnya bukan akal yang lupa, tapi iman yang di soal. .

Allahu rabbi. . :'(

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Penyayang .

Segala sesuatu akan mati kecuali Tuhan . Tuhan Allah Yang Memiliki Pemerintahan dan kepadaNya kamu akan dikembalikan .

Tiap-tiap diri akan merasakan kematian dan bahawasanya pahala untukmu akan dicukupkan di hari Akhirat . Orang yang beruntung ialah orang yang dijauhkan daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga .

Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang sementara “ Daripada tanah Kami jadikan kamu dan kepada tanah Kami kembalikan kamu dan daripada tanah jua kamu akan dikeluarkan ” .

Dengan nama Allah dan dengan Allah dan dari Allah dan kepada Allah dan atas agama Rasulullah s.a.w, inilah yang dijanjikan Tuhan dan benarlah perkataan Rasul-Rasul .

“ Hanya dengan satu suara keras lantas semua orang dibawa  ke hadapanKu ” .

Hai Si Anu anu si Anu, hai hamba Allah, anak hamba Allah, mudah-mudahan Allah mengasihi kamu . Dunia dan segala kemegahannya sudah habis untukmu. Sekarang ini kamu sudah dalam permulaan perjalanan ke alam barzakh, maka janganlah engkau lupakan perjanjian yang telah engkau ikrarkan sewaktu hidup di dunia untuk menempuh alam Akhirat iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah .

Sebentar lagi akan datang kepadamu dua Malaikat, maka janganlah kamu terkejut dan takut kerana keduanya adalah makhluq Allah serupa kamu juga . Jika mereka sudah datang dan mereka dudukkan engkau danmereka bertanya : Siapa Tuhan engkau, apa agama engkau, siapa Nabi engkau, apa i’tiqad engkau dan apa yang engkau bawa mati ? Maka jawablah : Allah Tuhanku .

Jika mereka bertanya lagi, maka jawablah : Allah Tuhanku . Jika mereka Tanya yang ketiga kali dan itulah kesudahan yang baik, maka jawablah dengan suara yang lantang, tidak takut dan gelisah : Tuhanku Allah, Islam agamaku, Muhammad Nabiku, Al Quran Imamku, Ka ‘abah Kiblatku, Shalat Kewajibanku, Kaum Muslimin Saudaraku, Nabi Ibrahim Bapaku, dan aku hidup dan mati di atas kalimah :     مُحَمَّدًا  رَسُوْلُ  ﭐللهِ   ﻵ    ﺇلٰهَ    ﺇلاَّ    ﭐللهُ ٬                  

Berpegang teguhlah hai hamba Allah dengan hujjah ini dan ingatlah bahawa engkau akan menetap di alam barzakh ini hingga sampai hari dibangkitkan .

Jika kamu ditanya lagi tentang orang yang diRasulkan untukmu dan untuk sekalian makhluq, maka jawablah bahawa beliau itu adalah Nabi Muhammad s.a.w yang membawa kepada kami Al Quran dari Allah, maka kami mengikut dia, kami imam dengan dia, kami membenarkan keRasulannya .

Ketahuilah, wahai hamba Allah bahawasanya mati itu adalah benar, siksa dan nikmat kubur itu adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu adalah benar, bangkit dari kubur itu adalah benar, dihitung dosa dan pahala itu adalah benar, timbang amalan itu adalah benar, Titian Shirath itu adalah benar, Neraka itu adalah benar, Syurga itu adalah benar, Hari Qiyaamah itu pasti datang tidak ada keraguan lagi dan bahawasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang dalam kubur dan kami serah dan kembalikan kamu kepada Allah .


Salam imtihan sahabat. . 3 more papers left. . huhu

Saturday, 2 November 2013

Jangan Biarkan Aku MEMILIH

Memilih. . Choose. . Choice. . Pilihan. .

Dalam hidup kita, benarkah apa yang kita lalui pada hari ini semua berdasarkan pada pilihan kita?
Ada ketika kita mahu manis, pahit yang kita dapat. . Kita mahu biru, hijau yang kita peroleh. .
Nah, jarang kan apa yang kita inginkan kita peroleh?
Maka, adakah kerana hal-hal tersebut menjadi diri kamu mati pada hari ini?
Tidak. . Walhal kamu masih hidup dalam keadaan terbaik akan diri kamu. .

Hidup ini bukan atas pilihan kita. .
Rezeki kita, sahabat-sahabat kita. . Adakah kita memilih untuk bertemu dengan mereka?
Memilih untuk mengetahui tentang mereka?
Memilih untuk bersama mereka dalam menyelusuri jalan dakwah?
Nah. . apakah layak untuk kita mengatakan bahawa. .
Ahh. . celakalah diri ku berkawan dengan dia ni. .
Dialah sebab aku menjadi begini dan begitu. .
Jika mahu menyalah takdir, bukankah kita sebenarnya menyalahkan ALLAH??

Ya Allah, jangan biarkan aku memilih. . Kerana pilihan ku bukanlah yang terbaik untuk diri ku. . Jika kau izinkan diri ini untuk memilih. . Jadikan lah pilihan ku itu sama seperti pilihan Mu. .
Percayakah anda, kekecewaan dalam hidup adalah berpunca daripada sikap bahawa kita berhak memilih yang terbaik untuk diri kita?
Benar, kita lebih tahu akan diri kita berbanding orang lain. .
Tapi, Allah kan Maha Mengetahui akan segalanya. .

Apabila kita fikir bahawa apa yang berlaku dalam hidup ini adalah atas pilihan kita, maka jika baik yang berlaku kita akan menyanjung diri kita. .
Jika buruk pula yang berlaku kita akan menyalahkan diri kita hingga kecewa dan mungkin membunuh diri pula. .
Tanpa kita menyedari bahawa setiap yang baik @ buruk SEMUAnya berlaku atas IZIN ALLAH. .
WaAllahu'alam. .