Tuesday, 7 May 2013

It's OVER my Dear. .

Semalam. . GF text. .
Una. . Semuanya dah berakhir. .
Terkejut jugak aku. . Tapi seperti yang aku jangka. . Kadang instinct aku agak kuat. . Mr. S not gonna be my brother in-law. . She's end up like me. .
Mencintai seseorang sememangnya perit. . Kadang Allah memang sengaja tidak menjodohkan kita dengan orang yang sangat kita sayangi mungkin kerana sayang yang terlalu dalam tu akan menyebabkan kita lebih mencintai cinta yang diberi daripada yang memberi cinta itu. .

Contoh: Salmah bagi bunga kepada Ahmad. . Bunga yang lebih Ahmad sayang atau Salmah yang Ahmad sayang? Tentunya Salmah ingin Ahmad lebih mencintai dia dengan pemberian bunga tu kan bukan lebih cinta bunga daripada Salmah. . Kalau Ahmad lagi sayang bunga daripada Salmah mesti Salmah mengamuk dan ambil balik bunga tu. .

Lihat. . Macam tu lah juga cinta yang Allah beri pada kita. .
Di saat kita terlalu asyik akan manisnya cinta kita lupa bahawa cinta itu milik Allah tapi nampaknya kita lebih cinta kepada cinta yang diberi dan melupakan pemberi cinta itu. .
Allah ingin menegur ku. .
Kita tidak mampu berbicara dengan Allah secara terus maka ujian inilah pengantara untaian kata Allah kepada kita. .
Tidak kiralah yang menyakitkan hati kita atau menggembirakan kita itu semua Allah yang utus mereka untuk bersama kita dan menguji kita. .
Aku pernah nasihat pada GF aku bila satu hari dia kata bila dia teringat kat Mr. S mesti dia nak nangis. .
Cinta itu memberi bukan menerima. .
Perwatakan Mr. S hampir sama dengan seorang yang pernah aku cintai dulu. . Baik. . Terlalu suka memberi. . Terlalu membuat aku berharap. . Ye! (HARAP)
Apabila kita mula meletakkan harapan di situlah timbulnya kecewa jika apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. . Harap itu hanya pada ALLAH. .
Da nak jadi macam una ke?
Soalan tu sering aku tanya pada dia. . Belajar dari silap aku. . Tolong tolong. . Tulisan ini bukan hanya untuk dipandang sepi tetapi untuk dijadikan pengajaran kepada siapa yang membacanya. .
Orang yang bijak belajar daripada kesilapan sendiri tetapi orang yang lebih bijaksana belajar daripada kesilapan orang lain. . =)
Seseorang pernah bertanya kepada ku. . Jika kau masih cintakan dia kenapa tidak terus merayu untuk bersama dengan dia?
Ye, betul memang aku masih cintakan dia. . Dia masih ada di hati ini. .
Tapi. . . Cuba kau bayangkan sebelum ini kononnya aku pernah berkahwin. . Tipu lah kalau aku kata aku boleh lupa terus arwah suami aku tu tapi dia dah tak ada. . Untuk apa menunggu seorang yang dah mati? Cinta tak mati walaupun orang tu dah mati. . Tapi ingatlah hidup MESTI diteruskan. . =)

Aku bersedia menerima siapa pun Sang Adam yang Kau utus untuk Ku. . InsyaAllah. .

Tak ada orang nak belikan kita beli sendiri je la. . =)

No comments:

Post a Comment