Tak cukup lagi ke kegembiraan Allah beri pada kau ? ?
Cukup ya Allah.
Hingga membuat ku malu untuk menadah tangan pada Mu.
Bukan kerana aku sombong. Tetapi aku malu.
Sekian kali nya kau memberiku rezeki dan rahmat tanpa batasan.
Aku di sini. Tidak henti henti juga melakukan maksiat pada Mu.
Kuat Na. Kuat..!
Sudah lama ku mencari perkataan itu.
Hingga aku sendiri lelah.
Kali ini aku betul betul tumbang.
Hilang pertimbangan. Ini barulah dikatakan buku bertemu dengan ruas..!
Aku pasrah. Ini ketentuan. Ini jalan ku.
Kunci ujian.
Sabar. Sabar. Sabar. Sabar.
Setiap kali bayangan hitam itu menjelma.
Aku bagai orang gila. Hilang kesiuman ku.
Menahan gelora di hati. Hanya Allah yang tahu sakitnya..!
Bersabar..~
Tidak aku biarkan perasaan ku yang bercampur baur ini disalurkan pada orang lain.
Sabar. Hanya itu yang aku mampu.
Namun saya manusia awak.
Tidak mampu iman ku bertahan untuk sekian lamanya.
Entah sampai bila. Entah esok ataupun lusa.
Allah..! Kuatkanlah.
Aku penat. Aku lelah. Tapi akan tetap terus bertahan.
Insya Allah..!
Aku cuma ada Allah. Dan aku ada Allah. Bersyukur. =)
No comments:
Post a Comment