Thursday, 6 September 2012

Luka Sekeping Hati

Alhamdulillah. Tamat sudah amali Pra & PJ Pergerakan Asas. Agak letih. Beberapa kali aku pitam waktu memasak & latihan. Tak larat. Tak selera makan. Tak lena tidur. Tak tentu emosi. Semuanya serba tak kena.

Waktu latihan PJ aku jatuh. Lantas mengingatkan aku saat ketika kita semua masih kecil. Pabila kita terjatuh, kita pasti akan menangis teresak-esak. Mengharap seseorang menyedari kesakitan kita & menghiburkan kita. Walupun masih sakit namun saat ibu hadir dan memujuk kita.. "Baik-baik. Tak sakit. Kuat kan?" kita cuba membina kekuatan dengan senyuman. Meski masih sakit & terluka, kita masih mampu tersenyum & bergelak ketawa lagi.

Dan begitulah luka sekeping hati. Di saat seseorang menghancurkan hati kita, sudah pastilah kita terluka dan bersedih. Namun setelah hadirnya seseorang yang mampu membuat kita tersenyum kembali, seolah-olah sakit itu tak pernah hadir. Tak mudah bagi aku sebenarnya melupakan kesakitan itu namun aku alhamdulillah mampu tersenyum & gembira tanpa kamu.

Belajarlah..

Belajar melupakan seseorang, belajar menerima orang yang baru. Setiap manusia tak lari daripada buat silap. Belajarlah memaafkan diri mu wahai Nurul Husna. Jalanilah kehidupan yang baru dengan penuh cermat & berhati-hati. Yang telah berlalu jadikanlah sebagai pengajaran. Jangan ulang kesilapan yang sama. Ada sebab kenapa seseorang itu hadir dalam hidup mu.

Aku memang cepat belajar. Alhamdulillah kerana Allah menganugerahkan aku nikmat itu kepada ku. Keputusan terletak di tangan ku adakah aku bersedia untuk belajar @ sebaliknya. Sejujurnya, aku memang terlalu sedih dengan perpisahan ini. Aku tidak pernah berasa yakin dengan sebuah perhubungan melainkan dengannya. Aku tidak belajar mencintai orang lain sedalam mana aku mencintainya. Aku tidak pernah mahu bersama dengan seseorang sepertimana aku menginginkan bersama dia. Namun hakikatnya manusia hanya mampu merancang, Allah lah Maha Perancang. Ye, aku lupa itu. Tanpa berkat Allah tidak ada hubungan yang akan mendapat restu meskipun telah direstui oleh ibu bapa & keluarga. Pasti punya sebab mengapa kisah kita berakhir dengan tragis.

Aku menyedari bahawa aku telah belajar berhenti mencintai mu..

Aku masih menangis. Bersedih bukan kerana aku masih 'terlalu' mahu kamu dalam hidup ku. Tetapi aku terpaksa mengakui bahawa aku telah belajar berhenti mencintai mu. Cubalah anda bayangkan anda mempunyai sebuah rumah yang anda bina dengan penuh kesungguhan di kawasan yang cukup cantik & cukup sempurna. Anda bahagia, terlalu bahagia berada di rumah tersebut. Tiba-tiba suatu peristiwa berlaku yang menyebabkan anda terpaksa merobohkan rumah tersebut dengan tangan anda sendiri. Adakah anda tegar?

Seorang yang beriman akan sentiasa redha atas Qada' & Qadar Allah..

Sesungguhnya aku telah lama belajar untuk redha. Namun mungkin terlalu sukar untuk aku mengakui bahawa  kita ini tidak berjodoh. Terlalu sukar untuk aku menggantikan diri mu dengan orang lain. Tanpa aku sedar bahawa hanya orang-orang yang beriman redha & gembira atas setiap musibah dan ketentuan Allah. Jadi, benarkah aku ini REDHA? Mungkin hanya di mulut tapi di hati tidak. Perbetulkanlah dirimu dan niat mu dalam melakukan kebaikan seperti mana kamu meluruskan anak panah ketika memanah. Tak akan pernah terlambat untuk kita sedar kesilapan kita & memperbetulkannya selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.

WaAllahu'alam..

No comments:

Post a Comment