Saturday, 29 September 2012

AWAK..:)


Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.

Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga " :')

Thursday, 20 September 2012

Sedih


Aku harus ingat Tuhan tidak menguji aku seorang sahaja,
Orang-orang di sekeliling aku juga diuji, tetapi mengapa mereka masih lagi mampu tertawa,
Sedangkan aku masih lagi di bawah takuk yang sama leka dengan bisikan yang membinasa,
Siapalah aku untuk mempersoalkan itu ini sebegitu rupa ,
Sedangkan bukan aku seorang sahaja yang pernah terluka, sedang diluka dan terluka,
Lalu sampai bila aku harus hidup dengan lagak gaya yang sama?

_muharikah.cOm_

Berilah aku kekuatan melontar bayangan mu jauh ke dada langit. Agar aku juga bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya Ya Allah..T.T

Saturday, 15 September 2012

Pintu ♥



‎"Bila satu pintu tertutup, Allah swt akan bukakan pintu lain untuk kita; tetapi selalunya kita terlampau banyak buang masa dan susah hati dengan pintu yang tertutup di hadapan kita sehingga kita tidak nampak banyak lagi pintu lain yang telah dibuka untuk kita di sebelahnya!"

#Lagipun, kalau semua pintu memang betul2 dah tertutup, itu tandanya pintu kubur sahaja yang dah dibuka untuk kita :)

Tuesday, 11 September 2012

Aku akan KUAT!!

Kalau ada orang datang pinang aku ibu abah setuju memang aku dah kawen la sekarang ni. Haha..
Sumpah serik dah aku bercinta. Tak tahan lagi. Tak nak rasa sakit lagi. Tapi..
Allah campakkan aku ke sini. Sudah pasti kerana aku mampu. Cuma aku belum cukup kuat. Let the time heal everything. Senang kau cakap..! Padahal tak boleh pun. Boo~~~

Eh. eh. eh. Tak baik boo~ kat diri sendiri. Haha. Tak reflektor langsung. Kih3.

Sungguh aku memang penat. Memang tak sanggup. Tak mahu. Tapi Ya Allah aku tahu ini ujian Mu. Kau tak akan beri kan aku ujian kalau aku tak mampu. Cuma satu pinta ku. Hiasilah ujian Mu ini dengan senyuman di bibir ku agar bisa aku mengukir hari dengan indah. Senyuman bukan hadir dek keindahan hari namun senyumanlah yang kan mengukir keindahan hari mu. Salam berkenalan dunia baru. Dunia yang dalam nya aku akan menjadi kuat. Mungkin aku belum tiba lagi ke dunia itu. Namun aku tahu aku akan. Aku boleh..!!

Nak melamar orang tapi rasa tak layak~~

Chill dear~~

Monday, 10 September 2012

Perasaan Aku


You hate your life, You want to quit...
While some people dream of having your life.
Always thank Allah for His countless blessings.

Seorang sahabat ku telah meninggalkan kami semua. Dan begitulah nasib ku dan kamu semua kelak. Malunya aku pada Mu ya Allah. Ramai berjuang untuk hidupnya. Namun, aku ini ingin mati sebelum tiba masanya. Berputus asa bukan sifat seorang Islam Husna. Bangkitlah..! Malu lah..! Syukur di atas rasa ini ya Allah. Sekurangnya aku masih mampu merasa meski hati mati & hitam. Gantikanlah hati ku ini dengan hati yang baru~


Sunday, 9 September 2012

Blur~~

Aku tak boleh fikir apa pun ni. Tak boleh nak tulis esei menda pun. Tolonglah..!!!!!!!!

Khas Untuk KAMU


Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Nak SANGAT..!

Nak sangat kawen. Full stop!!
Asyik terfikir benda mengarut je lah. =.=' Tahu tak keja satu pun tak siap lagi!!

Ya Allah, tundukkanlah hati ku ini dengan jalan pernikahan yang sah. Aku takut keinginan ku ini akan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan pada Mu. Sesungguhnya tiada upaya meninggalkan kejahatan dan tiada daya membuat kebaikan melainkan dengan daya & keupayaan Mu ya Allah~

Dah! pergi buat kerja Okay!

Senyum.. Tak perlu kata apa-apa

































Thursday, 6 September 2012

Luka Sekeping Hati

Alhamdulillah. Tamat sudah amali Pra & PJ Pergerakan Asas. Agak letih. Beberapa kali aku pitam waktu memasak & latihan. Tak larat. Tak selera makan. Tak lena tidur. Tak tentu emosi. Semuanya serba tak kena.

Waktu latihan PJ aku jatuh. Lantas mengingatkan aku saat ketika kita semua masih kecil. Pabila kita terjatuh, kita pasti akan menangis teresak-esak. Mengharap seseorang menyedari kesakitan kita & menghiburkan kita. Walupun masih sakit namun saat ibu hadir dan memujuk kita.. "Baik-baik. Tak sakit. Kuat kan?" kita cuba membina kekuatan dengan senyuman. Meski masih sakit & terluka, kita masih mampu tersenyum & bergelak ketawa lagi.

Dan begitulah luka sekeping hati. Di saat seseorang menghancurkan hati kita, sudah pastilah kita terluka dan bersedih. Namun setelah hadirnya seseorang yang mampu membuat kita tersenyum kembali, seolah-olah sakit itu tak pernah hadir. Tak mudah bagi aku sebenarnya melupakan kesakitan itu namun aku alhamdulillah mampu tersenyum & gembira tanpa kamu.

Belajarlah..

Belajar melupakan seseorang, belajar menerima orang yang baru. Setiap manusia tak lari daripada buat silap. Belajarlah memaafkan diri mu wahai Nurul Husna. Jalanilah kehidupan yang baru dengan penuh cermat & berhati-hati. Yang telah berlalu jadikanlah sebagai pengajaran. Jangan ulang kesilapan yang sama. Ada sebab kenapa seseorang itu hadir dalam hidup mu.

Aku memang cepat belajar. Alhamdulillah kerana Allah menganugerahkan aku nikmat itu kepada ku. Keputusan terletak di tangan ku adakah aku bersedia untuk belajar @ sebaliknya. Sejujurnya, aku memang terlalu sedih dengan perpisahan ini. Aku tidak pernah berasa yakin dengan sebuah perhubungan melainkan dengannya. Aku tidak belajar mencintai orang lain sedalam mana aku mencintainya. Aku tidak pernah mahu bersama dengan seseorang sepertimana aku menginginkan bersama dia. Namun hakikatnya manusia hanya mampu merancang, Allah lah Maha Perancang. Ye, aku lupa itu. Tanpa berkat Allah tidak ada hubungan yang akan mendapat restu meskipun telah direstui oleh ibu bapa & keluarga. Pasti punya sebab mengapa kisah kita berakhir dengan tragis.

Aku menyedari bahawa aku telah belajar berhenti mencintai mu..

Aku masih menangis. Bersedih bukan kerana aku masih 'terlalu' mahu kamu dalam hidup ku. Tetapi aku terpaksa mengakui bahawa aku telah belajar berhenti mencintai mu. Cubalah anda bayangkan anda mempunyai sebuah rumah yang anda bina dengan penuh kesungguhan di kawasan yang cukup cantik & cukup sempurna. Anda bahagia, terlalu bahagia berada di rumah tersebut. Tiba-tiba suatu peristiwa berlaku yang menyebabkan anda terpaksa merobohkan rumah tersebut dengan tangan anda sendiri. Adakah anda tegar?

Seorang yang beriman akan sentiasa redha atas Qada' & Qadar Allah..

Sesungguhnya aku telah lama belajar untuk redha. Namun mungkin terlalu sukar untuk aku mengakui bahawa  kita ini tidak berjodoh. Terlalu sukar untuk aku menggantikan diri mu dengan orang lain. Tanpa aku sedar bahawa hanya orang-orang yang beriman redha & gembira atas setiap musibah dan ketentuan Allah. Jadi, benarkah aku ini REDHA? Mungkin hanya di mulut tapi di hati tidak. Perbetulkanlah dirimu dan niat mu dalam melakukan kebaikan seperti mana kamu meluruskan anak panah ketika memanah. Tak akan pernah terlambat untuk kita sedar kesilapan kita & memperbetulkannya selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.

WaAllahu'alam..

Monday, 3 September 2012

GoodBye..

Aku menangis,bukan kerana aku memerlukanmu,bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi :')



I know I'll be strong.. Maybe not know. But soon..

I'm not going to say this..



I'm sorry.. Goodbye.. It's too hurt..:')

Surat Akuan

Dengan ini saya Nurul Husna Binti Roslan secara rasminya meletakkan jawatan saya sebagai wanita yang mencintai awak. 
Cukup rasanya. Penat. Tak larat. Letih.
Let's start a new smile..!
In easy way..:)