Monday, 3 February 2014

Warkah Rindu 8: Sejuta Satu kali lagi

Hari ini aku bangkit dengan harapan. .
Harapan seperti hari hari yang sebelumnya. .
Berharap yang aku akan lupakan kau. .
Mungkin satu hari nanti. . :)

Sudah sejuta kali aku gagal. .
Gagal dengan cita cita itu. .
Tapi hari ini, sejuta satu kali lagi!
Aku tanam ia dalam hati. .
Moga aku mampu lupakan kau. .
Untuk selamanya. . :)

Kau tahu, aku tahu. .
Sudah banyak kali aku mencuba. .
Dan sudah sejuta kali aku gagal. .
Walau sekuat mana aku cuba mengeraskan hati ku. .
Daripada merindui kamu. .
Tapi tak mengapa. .
Sejuta satu kali lagi aku akan cuba. . :)
Walau aku tahu, aku tak mampu. . Hu hu hu. .

> Tak tahulah kenapa. . Baru aku perasan, hanya kamu yang mampu membuat aku sebegini puitis. . Wala, romantiknya aku ni. . xD (Sayangnya, romantik pada yang tak halal!)

and I'll love a thousand more. . :)

Sunday, 2 February 2014

Warkah Rindu 7: Lemas dalam Cinta

Hari ini hari aku paling lemah sekali. .
Paling lemah antara segala hari yang aku pernah lemah dengan cinta syaitan yang merasuk jiwa ku. .
Aku tahu cinta ini fitrah tapi saat ini aku sedang membiarkan ia mengalir dengan pandangan nafsu dan kesyaitanan. .
Seronok dibuai rasa lemah dan kecewa. .

Cinta itu tidak bodoh, tapi akulah yang bodoh. .
Lemah tapi tak mahu minta kekuatan daripada Allah. .
Sengaja membiarkan diri lemah dengan keinginan. .
Keinginan mencintai manusia. .

Perasaan suka, sayang, cinta sememangnya tidak pernah ada salahnya. .
Tapi perasaan lemah, lemas, nafsu itu yang menjadi racun dalam cinta. .

Jujur, aku lemah. .
Allah. .
Alirkan cinta ini mengikut aliran Mu, kehendak Mu. . :'(

Aku tak kuat. .
Aku lemah. .
Allah yang kuat. .
Allah yang Maha Kuat. .
Pinjamkan aku secebis kekuatan ya Allah. .

Bodoh!
Bagaimana mahu kuat jika tidak mahu berperang dengan nafsu sendiri. .
Bahalol!
Suka sangat menurut kata hati syaitan dan nafsu. .
Persetan kau!
Bangunlah!
Cuba kau hentak kepala kau ke lantai. .
Biar pecah. . !

Sekali lagi, maafkan aku. .

Aku sedang cuba. .
Sedaya upaya aku. .
Untuk berperang dengan nafsu ku. .

Penipu!!!!
Maafkan aku kerana tak daya melawan nafsu ku. .
Tipu lagi!!!
Maafkan aku kerana sengaja membiarkan diri hanyut dengan nafsu. .

Bodoh!!!
Bangunlah!!!!!!!!
Aku sedang cuba. . Tapi masih tak sedar lagi. .
Maafkan aku. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Alasan!

Sebenarnya, aku sendiri yang mencari alasan untuk menjadi LEMAH!

Wake Up! It's not the time to dreaming or sleeping!