Saturday, 24 August 2013

This is not the 1st time. . :')

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia


Tuesday, 20 August 2013

My New Baby and Our Memory. . :)

Samsung WB250F Smart Camera

Test Power. . He he he

Di SK Semeling. . Setting: Panorama

Di Tanjung Dawai. . Setting: Panorama

Takat tu je dulu okei. .
Lepas ni memang gambar je la bercerita. . Ha ha ha. . Okei. . :)

Tuesday, 13 August 2013

Kerana ku tahu ada Mu Tuhan. . :)


Najwa Latif my adik angkat. . :D

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Jom buat assigment. . :)
Musim membuat assigment sudah bermula & seperti biasa sindrom ketandusan idea aku makin menjadi-jadi. .
Love to write but don't know what to write. . :)

Moga awak sentiasa dijaga oleh-Nya. .:)

Berusaha untuk sesuatu yang BUKAN milik kita tu mustahil. . !

Thursday, 8 August 2013

Jeng. . jeng. . jeng. . ^_^


Taqabbalallahhu minna waminkum. . Selamat Hari Raya. .

Alhamadulillah. . Dapat juga bertemu Syawal. .
Selesai behari raya pertama. .
Saje nak share picture raya pertama. . :)

Singgah sebentar beraya di rumah makcik. . Mak Mah. .

Belum beraya lagi dah KO. . Huhu
Yaie & Nyai Kluang. . :')

Ibu Mithali. . He he he. .Awin
Umairah & Awin. .

:) Me & Umairah

Sunday, 4 August 2013

Himpunan Kalam Indah Milik Allah

Assalamualaik. . :)
Alhamdulillah wa syukrulillah Allah sentiasa memberikan ILHAM untuk aku berfikir dan memperbaiki diri. . 
Dan selalunya aku akan update apa ilham yang datang tu kat FB aku. . 
Tapi aku ni jenis suka sangat tengok status aku ulang ulang banyak kali. .
Bukan apa, kalau kita bagi nasihat sepatutnya kita yang lebih kena ingat apa yang kita tulis kan. . 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.-As Saff : Ayat  2-3
Jadi, inilah Himpunan Kalam Indah Milik Allah yang di ilhamkan dalam kepala otak aku. .
Alhamdulillah. . Jadilah orang yang sentiasa berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. . InsyaAllah. . :)

Orang MISKIN tak semestinya berpakaian compang-camping, berbaju lusuh, bertilam lengan. . Ada juga yang berpakaian mewah, berumah besar, berkatil empuk tetapi buta mata hatinya daripada mensyukuri nikmat Allah. . Itu MISKIN HATI namanya. . 
Apalah erti segala AMALAN yg kita lakukan pd RAMADHAN ini seandainya tidak membawa kepada KETERIKATAN hati kita pada pencipta. . 

Jagalah Allah di dalam hati. . jangan jadi syaitan yang bertopengkan bidadari dunia. . Mohon doa sahabat sahabat moga diperkuatkan iman. 

Kadang Allah tarik orang yang paling kita SAYANG sebab Dia nak kita tahu bahawa tak ada manusia yang lebih patut kita sayang daripada Nya. . Semua yang Allah aturkan ada hikmah yang tak terjangka oleh kita. . Maka, berbaik sangkalah. .

Pintu KEBAIKAN yang terbuka jangan biar dipandang SEPI. . Mungkin itu pintu kebaikan TERAKHIR buat kita sebelum di jemput Ilahi. .

Pertolongan Allah ada di mana-mana. . dan manusia sebagai pengantara. .

Yang paling kita sayangi tak semestinya yang terbaik untuk kita. . Berlapang dada lah menerima ketentuanNya. . 

Kekuatan fizikal dibina melalui latihan senaman. . Kekuatan rohani pula dibina melalui latihan amalan. . 
 Kekuatan tidak dibina dalam waktu sehari. . Tetapi ia mampu runtuh dlm sesaat. . Jagalah hati. . Luka yg lama usah dibiarkn bdarah kembali. . :') 
Jangan malu pakai pakaian Islam, pakaian yg menutup aurat. . Yg tak tutup aurat sepatutnya malu. . 


Malu sebahagian daripada iman tapi kalau boleh biarlah kena pd tempatnya. . *_^


Kita sibuk RINDU pada yg tak halal buat kita tanpa kita sedar Allah lagi RINDU kita bermunajat padaNya. . :')
Sebarkanlah kebaikan wlaupun pada orang yang melontarkan hinaan kepada kita. . Moga dgn kebaikan kita itu dapat melembutkan hatinya. .
Umat Islam di dunia luar sedang sibuk berjihad hingga syahid mempertahankan Islam. . Mereka berjuang dgn nyawa, darah dan air mata mereka tapi kita di sini berperang dgn nafsu sendiri shj dah menyerah kalah sebelum mula langkah pertama. . :')
Benarlah SAKIT itu jalan pengenalan kepada pencipta. . Allah mengetahui setiap rahsia pada setiap kesakitan tidak kira sakit batin mahupun lahiriah. . HasbunAllah wa ni' mal wakil. .
>Kesakitan yg menDEKATkan aku kepada mu itu lebih aku CINTAi daripada kesenangan yg meLALAIkan. . 
Kematian dtg tiba tiba dan tak terjangka. . Bersediakah anda. . 
Al-fatihah buat abg sepupu yg baru meninggalkn kami pagi tadi. . Semoga rohnya dicucuri rahmat. . Amin
Tak kesah la tua ke muda ke kalau dah tiba masa utk pergi kita kan pergi jua. . Tertanya pd diri. . Nak buat dosa lg ke, sempat ke nak taubat sblm mati. . Nak buat dosa pd orang lg ke, sempat ke nak minta maaf sblm mati. . Kejapnya dunia. . Allahuakhbar. . 
Sesungguhnya berita kematian itu adlh pngajaran bg yg masih HIDUP. .
RAMADHAN
Madrasah Ilmu, Madrasah Amal, Madrasah Dapur @ Madrasah Tido?
Nah, terserah untuk memilih. . Hidup anda tanggungjawab anda. . 
 KEBAIKAN yg sebenar bukanlah di saat org lain membuat kebaikan kpd mu dan kamu membalasnya dengan kebaikan juga. . Tetapi adalah di saat dia memberi mu KEJAHATAN tetapi kamu membalasnya dengan kebaikan..
Cerita Kita: 
Sebelum Elaun
- Tiap2 hari mari surau doa "Ya Allah cepatlah masuk elaun. ." 1000x


Selepas Elaun
- Hari ni KL, esok Genting, lusa Bukit Tinggi, Bazar Ramadhan. . Bla bla bla. . Surau? esok esok esok la. . 


*Janganlah REZEKI yang Allah kurniakan kepada kamu itu menjadikan kamu lebih KUFUR daripada BERSYUKUR. . 
Usah bicara tentang Human's Right, dunia ini milik Allah. . Semuanya adalah Allah's Right. . 

Sayangnye. . . Beli tudung raya mahal-mahal tapi percuma DOSA. . 
> Pakai tudung cantik tapi lagi cantik jika mengikut syariat. . 

Kegembiraan & Kesedihan silih berganti dalam kehidupan kita. . Tetapi seringkali kita melihat KEKURANGAN melebihi KELEBIHAN yang pernah hadir dalam hidup ini. . Tanyalah pada diri, di mana SYUKUR kita? :')

Segala-galanya memerlukan duit tapi INGAT!!! DUIT bukanlah segala-galanya. . Jangan jadi hamba pada duit. . Rezeki Allah yang beri. . Bukan kerana USAHA kita sahaja yang mendatangkan rezeki. . 
> ada orang duit banyak tapi xpernah rasa cukup. . sebab apa? tak berkat. . 

Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Kadang Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana PERGANTUNGAN hidup kita pada Allah. . KEPERCAYAAN kita pada JANJI-janji Allah. . Tidaklah dengan mudah kita dikatakan beriman selagi mana kita tidak di uji. . 
> Natijah milik Allah, yang kita punya hanyalah USAHA. .  - Yakin akan janji-janjinya. .
> Orang Islam pada masa kini bkn tidak PERCAYA pd Allah ttp kurang yakin dengan Allah. . - Syeikh Rohimudin :')

Berjodoh dgn manusia tu mungkin ada tetapi berjodoh dgn kematian tu pasti. . tak perlu bertanya-tanya siapa dan bila. . tetapi tanyalah bersediakah kah kita untuk kembali bertemu Allah kekasih Utama kita? 
> muhasabah cinta ku. . :')

Kalau kita buat sesuatu kebaikan tu niat IKHLAS kerana Allah, tak kesah lah orang nak PUJI ke nak KEJI kita tak kan rasa pape. . Tapi kalau dipuji membangga diri, dikeji merajuk hati, check la balik hati mungkin ada niat yg tidak ikhlas disertakan sekali. . 
Sekadar ni jelah perkongsian saya. . Buat la kebaikan walaupun dengan hanya menulis status di FB. . Kerana kita tak tahu amalan kita yang mana satu Allah ambil kira kan. . :) WaAllahualam. .

Hikmah Yang Tersingkap. . :)

Cinta itu bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…Tak perlu bersedih lama.. Cinta itu milik ALLaH.. Hari ini ALLaH tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya.
Sebab, mungkin esok atau lusa ALLaH akan campakkan rasa cinta yang lebih indah dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu..
Jika ditakdirkan perpisahan itu telah tertulis buat kamu, berpeganglah pada Rukun Iman dan bersangka baiklah terhadap ALLaH.. Walau dalam tangisan masih mampu memberikan senyuman dan serahkan takdirmu dalam pasrah..-Pakar Diari Hati
Hikmah itu dapat diumpakan seperti mutiara yang tersimpan indah di dalam lautan yang sangat dalam. .
Hanya dengan kesungguhan penyelam lah mutiara itu dapat ditemui. .
Semakin lama mutiara itu tersimpan di dalam tiram, semakin MAHAL lah nilai mutiara tersebut. .
SubhanAllah, Alhamdulillah wa syukrulillah. .
Aku telah menemui HIKMAH itu ya Allah. .

Selamat Hari Raya. . :)


Berbuka Puasa bersama rakan sekelas. . :)