Saturday, 22 June 2013

Usah Kembali



Sharnaaz Ahmad


“Apa yang saya belajar ialah kalau seseorang itu bukan jodoh kita, apa-apa perkara pun yang kita rancang dan buat, tidak akan menjadi,” - Sharnaaz Ahmad

Hai. . Hai. . Disebabkan aku ni agak Kiah Propa sket aku agak la mangikuti perkembangan gosip gosip retis ni kan. . He he he. .
Semua tahu (rasenye) kisah cinta Sharnaaz dan Shila yang tak kesampaian ni kan. .
Dan aku adalah orang yang sangat mengikuti perkembangan semasa life diorang. . Ha ha ha. .
Sejak azali lagi bakat Kiah Propa ni dah wujud dalam diri susah plak nak kikis. . ish ish. .
Sebenarnya aku nak ulas ayat yang Sharnaaz cakap tu je.  . Kalau tak ada jodoh, apa pun kita buat tak akan jadi pape. .

Hari ni 22 Jun 2013 telah termetrainya ikatan perkahwinan sahabat aku yang aku pernah cite dulu dalam Orang Baru VS Orang Lama . .
Seriously cakap bf lama dia tu memang hensem, kaya, baik, warak pulak tu. . Tapi tu lah. . Tak ada jodoh kan. . Btw husband dia sekarang lagi hensem. . retis kan. . he3
Allah susun molek dah blake. . Jangan risau k. .

Rentetan dari 2 kes dalam post Orang Baru VS Orang Lama tu jugak aku dapat pengajaran. .
Sahabat aku tu tersepit. . Walau pun dia sayang sangat kat Mr. S tapi Mr. I dah bagitau family dia cepat cepat untuk contact keluarga perempuan. . So antara dua kes tadi satu  Orang Baru menang dan lagi satu mungkin Orang Lama menang. .
Aku tak tau nak belah yang mana. . Btw Mr. S tu memang sangat baik orangnya. . I adored him a lot. . Kalau bukan sebab aku ni tak layak dah masuk dalam list dan bukan dia orang yang GF aku suka, aku dah cop awal awal. . Ha ha ha. . Tak la. . I know who I am. . :)
Dan ayat yang GF aku bagitau aku apa Mr. S kata pada dia sangat beri kesan pada aku. . Isk isk. .
Kalau kita cintakan seseorang kerana Allah, kita akan TERIMA siapa sahaja yang Allah utus untuk kita. . Kalau kita cintakan seseorang kerana nafsu, kita akan MEMBERONTAK. .
 Orang hebat. . Kalam katanya pun hebatkan. . :)

*Kadang bila kita adukan pada Allah masalah kita Allah tak mudah mudah bagi kita selesai masalah. . Tapi Allah hadirkan orang orang yang ada banyak lagi masalah dari kita supaya kita ambil ibrah daripadanya. . ^_^

Sunday, 16 June 2013

Alhamdulillah. . Selamat Datang Semester 4. . ^_^

Assalamualaik. . Dengan ini saya mengumumkan bahawa target semester 3 yang lalu tercapai! Wee~~ Splash. . Splash. . (Bunyi bunga api)
Sorri le tak pandai buat bunyi bunga api. . Ha ha ha. .
Macam nak umum JDT menang Piala FA la plak. . :P

Alhamdulillah. . Walaupun macam tak percaya tp kena caya jugak. . Hu hu hu. .
Berkat doa sahabat, doa ibu bapa, doa pensyarah, doa ehem ehem. .
Yang penting aku sangat bersyukur lah. . :)
3.95 pada orang lain mungkin biasa tapi pada aku mak datuk terkejut beruk aku. .
Rezeki Allah kan. . Kita usaha banyak mana pun bukanlah usaha kita yang tentukan natijah akhir keputusan tu. . Segalanya daripada Allah. . Alhamdulillah. . SubhanaAllah. . Astaghfirullah. . :)
Alhamdulillah kerana kita bersyukur akan rezeki Allah beri. .
SubhanAllah untuk memuji Allah. . Segala puji pujian hanyalah milik Allah. .
Astaghfirullah untuk sifat sifat mazmumah seperti bangga diri riak yang konfem hadir (specially aku) pada hati hati yang kotor. . :)

Ada diceritakan oleh Syeikh Rohimudin hari tu tentang sahabat Rasulullah aku tak ingat siapa. .
Kalau diberikan nikmat dia bersyukur sekali dan bersusah hati 9 kali. .
Sekali bersyukur ye kerana dikurniakan nikmat itu tapi susah hatinya kerana takut akan tanggungjawab, perasaan riak, jauh daripada Allah dan segalanya. .
Tapi jika diberi musibah dia sedih sekali tetapi bersukur 9 kali. . Kerana musibah itu jalan pengenalan diri kepada Allah, makin diuji makin dekat pada Allah. . Hebat peribadi sahabat Rasulullah pada zaman dahulu kan. .
Kesusahan yang mendekatkan aku kepada Mu itu lebih aku cintai daripada kesenangan yang menjarakkan aku dari Mu ya Allah. .
Tapi bukanlah bermakna kita kena membenci nikmat yang Allah beri. . Tapi bersyukurlah dengan nikmat tersebut dengan memanfaatkannya. .
Aku pernah dengar daripada siapa tak tahu. . Ha ha ha. .
Cara kita bersyukur ialah dengan memanfaatkan nikmat Allah beri. .
Allah beri kita tangan contohnya guna tangan tu sebaik baiknya dengan buat baik, bagi sedekah,sapu sampah ke apa apa je la kan. . GUNA bukan SIMPAN. . Kadang kita sayang printer kita contohnya tapi tak guna, kedekut tak kasi orang guna dan sebagainya. . At the end printer tu hanya dapat guna sekejap je dan berapa helai je yang dapat dicetak guna printer tu sebelum hayat dia. . Jadi kita sebenarnya guna ke tak printer tu dengan sebaiknya? Tak kan. .

Ingat, kita semua pasti mati. . Muda ke tua ke. . Bukan umur yang jadi penentu kualiti kehidupan seseorang tu tapi apa yang dilalui, yang dibuat sepanjang hidup itulah yang lebih penting. .

WaAllahualam. . ^_^

Sunday, 9 June 2013

Assalamualaik. .
Selamat bercuti. . Selamat naik sekolah. . Tinggal seminggu lagi nak naik kuliah. .
Bila kat ipg nak sgt balik rumah, dah kat rumah nak sangat balik ipg. . ntah pape. .
Tak ada kerja nak buat. . Kebosanan menghantui. . Sekarang masa untuk membaiki diri. .
Sedarlah tujuan hidup kita bukan untuk manusia tetapi untuk Allah semata. . INGAT!
Sebagai seorang perempuan kita memang lemah, cepat kalah dengan perasaan. .
Ingat kembali taujihat yang disampaikan oleh Syeikh Rohimudin tempoh hari. .


Assalamualaikum w.b.t
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

|perkongsian taujihat bersama muslimat drpd Syeikh Rohimuddin An Nawawi Al Bantani-3Feb2013-IPGKTAA|

-wanita mmg diciptakan dgn emosi yg lebih dan utk hal2 yg berkaitan emosional yg lebih
-wanita adlh ketenteraman bg lelaki
-jagalah kewanitaanmu yakni aqidah & syariat (agama) agar emosimu tdk mencelakakan dirimu
-imbangi emosi dengan iman

-wanita itu bukanlah kurang akalnya tetapi lebih dari sudut emosinya
-jika emosi & iman tidak diseimbangkan maka kaum wanita akan mudah ditipu daya-dipergunakan-diperkotak-katikkan
-kata2 'wanita adlh drpd tulang rusuk lelaki' sbnarnya merujuk kpd wanita adlh sbhagian drpd lelaki sebagaimana seorg ayah cintakan anaknya kerana anaknya itu adlh sebahagian drpd dirinya

-cinta mutlak ---> cinta tanpa ada motif lain
-seorg wanita itu, dlm keadaan akal yg lemah, emosi yg lemah hendaklah diperkayakan dengan ilmu
-dlm 1 keadaan, wanita xdapat menjaga emosinya
-wanita tak pernah kenal erti letih krn dikuasai emosi yg tinggi.sebab tu wanita lebih banyak sabar & bertahan
-jagalah lidahmu dan bertegaslah dengan lelaki !!

-habiskan masa dengan amalan2 yg membina rohani utk mengimbangkan emosi seperti bykkn berdoa & membaca Al Quran

emosi diimbangkn dgn iman = perempuan
nafsu diimbangkan dgn iman = lelaki

jika bertegas dgn lelaki,lelaki akn takut dgn prmpuan.kenapa? krn manusia mana pun lahir drpd perempuan.itu kemenangan kalian. (kaum Hawa)

-isteri kena menghormati suami di dpn org lain.itu akhlak
-emosi bg seorg kafir & muslimah same je tp tidak pada rohani

-perempuan kena ada sifat kelembutan
-jgn balas keburukan dgn 2x keburukan
kelembutan dtg drpd rohani dan Allah s.w.t suka kpd org yg lembut
-kelembutan memerlukan tarbiyyah & tazkiyatul nafs
-kelembutan adlh akhlak dr hati --> membahagiakn org sekitarnya,maka akan dibahagiakan pula oleh org sekitarnya

Sidi Rohimuddin kiaskan insan Islamik yg ekstrem adlh org yg sakit,ingin sembuh serta Sidi berpesan jagalah Allah di hati

---------------------------------------------------------

andai benar seorg wanita itu drpd tulang rusuk lelaki maka kalau isterinya empat, hilang la empat tulang rusuknya

kalau asyik bilang tiada lagi cintaku untuk lelaki.maka cinta utk siapa? pondan?

Credit to: Iylia Rashid

Imbangi emosi dan iman mu. . InsyaAllah. .:)