Tuesday, 30 October 2012

Sakit. . Sabar. . Senyum. . ツ



Aku tahu banyak dosa ku. .
Hanya ingat Kamu kala duka ku. .
Jangan malu nak minta kat Allah. .
Malu lah andai minta kat selain Allah. .
Sakit. . Sabar. . Senyum. . :)

Thank You. Thank You. . Allah. . ツ


I ask a lot from You.
But I have one more request.
Just a moment to thank You for everything.



Allah janji.
Janji Allah BENAR.
Pasti Allah datangkan pelangi setelah hujan.
Hujan tu kan RAHMAT.
Kenapa nak takut. Kita kan ada Allah. 
Tetap di sisi saat manusia membenci ku.
Aku tidak mahu meminta lagi apa yang aku inginkan.
Aku hanya mahu menjalani hidup ini atas apa yang telah kau tetapkan.
Kerana pernah suatu ketika, aku meminta pada Mu perkara yang membinasakan ku.
Kau tarik kembali permintaan ku. Aku sedih.
Namun, itulah yang terbaik.
Aku hanya mahu menjalani hidup ini atas PILIHAN Mu.
Bukan pilihan ku. Thank You Allah. . 



Monday, 29 October 2012

Minah Senget. . !

Uit. uit.
Seronok buat nota kan. Da exam baru nak buat nota, memang rajin gila la kan. Huhu.
Khusyuk gila buat dengan nota berwarna-warni (guna pen stabilo point 88 mini) siap lukisan imej yang pelbagai. Chewah. . !
Bila tengok balik nota aku, Senget..!
Kbai r. .
Banyak benda aku terfikir sekarang ni.
Dalam hidup kita, kita rasa apa yang kita buat betul sangat.
Sampai-sampai kita menilai orang menurut perspektif kita.
Sebab kita lah yang betul, kau lah salah.
Bila ada orang tegur kita. Wei, kau tulis tu sengetla..!
Eh, ye ke. Tak la. Ouh, aku memang sengaja tulis senget pun. Kreatif sikit. =..=. . Ntah pape. .
Tapi, bila kita teliti baik-baik. Muhasabah diri balik.
Baru kita sedar, kitalah yang salah.
Ye. Baru aku sedar, akulah yang salah.
Kbai. . . . Huhu. .

Colourful memang tema hidup aku. Hidup penuh dengan warna warni kan. .

Doa untuk AWAK. .



Saya mendoakan awak bahagia.
Sebab saya memang sayangkan awak.
Dah lama.
Sejak dulu lagi.
Sebelum awak tahu & kenal saya.
Sehingga awak kenal saya dan bencikan saya.
Tapi sayang saya tak pernah berubah.
Kerana sejak dulu, sebelum awak memberikan saya cinta awak
Atau selepas awak mengambil cinta awak kembali, hati saya tak pernah berubah.
Kerana saya cintakan awak tanpa sebab.
Melihat awak pergi tu perit, tapi melihat awak bahagia tu adalah lebih baik.
Jika saya bencikan awak bermakna saya bencikan takdir yang Allah cipta untuk kita.
Saya tahu, setiap berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Awak jaga diri baik-baik tau.
Segala yang saya lakukan bukanlah berniat untuk menyakitkan hati awak.
Ianya cuma tindakan spontan seorang manusia yang mencintai kekasihnya.
Saya manusia. Bukan malaikat.
Hati saya tak terduga. Dan saya tak lahir untuk menjadi malaikat.
Saya pernah jahat, lagi jahat daripada awak.
Awak terima saya bila saya baik, buang bila saya buruk.
Terimakasih awak untuk cinta yang lalu.
Hadirnya awak membuat saya sedar manusia tak lari dari buat silap.
Jatuh cinta tak salah. Yang salah bila tak terkawal dek cinta.
Dulu dulu, dulu, sekarang, akan datang i'Allah hati ini tetap sama.
Saya tak akan belajar mencintai orang lain sepertimana saya mencintai awak.
Satu ketika nanti, saya akan belajar mencintai suami saya dengan cara yang lain.
Cara yang berbeza & luarbiasa.
Saya tunggu awak bakal suami.
I just haven't meet you yet.. ;)

Sunday, 28 October 2012

usah mencari terlalu SEMPURNA la awak..


:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

I'm FINE..!



Jangan pandang belakang walaupun seketika.
Terus ke hadapan.
Pandang seorang yang perlu kamu, hargai kamu, bahagiakan kamu.
Aku tak nampak dia, aku nampak awak... =)

Monday, 22 October 2012

Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz/Adira (OST Ombak Rindu)


Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/10/lirik-lagu-ombak-rindu-hafizadira.html#ixzz2A5AGiRhH

Wednesday, 17 October 2012

Senyum Sepanjang Hari..huhu



Bila merasa diri lemah dan tak berdaya, binalah kekuatan dengan senyuman..:)
Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah..
Bila mungkin tawa cuba bersabarlah..
Kerna airmata tak abadi..
Akan hilang dan berganti..
Keep SMILING, Keep STRONG..
I'Allah..Biiznillah..
Semua yang berlaku atas kehendak Allah..
Bukan kehendak kita..
Dia adalah ujian buat ku..
Dan aku tewas dalam ujian itu..
Allah mendatangkan kepada ku ujian yang lain pula..
Setiap yang Allah beri itu punya tanggungjawabnya masing-masing..
Mampu atau tidak sahaja kita menjalankan hak Allah..
Jika kau tidak memaafkan dirimu husna..
Bagaimana kau boleh menyangka bahawa Allah akan memaafkan dosa mu..
Yang lalu jadikan pengajaran..
Yang akan datang, berjaga selalu..
Syaitan tidak pernah letih menghasut kau melakukan kejahatan..
Bagaimana kau pula yang letih melakukan kebaikan dan bertaubat?
ALWAYS LEARN FROM THE PAST!!!^_^